Ads Top

Grand Buffet Ramadan Almizan Sedia Lebih 100 Juadah Berbuka Puasa

Menawarkan lebih 100 juadah Nusantara, Grand Buffet Ramadan Almizan di Pusat Konvensyen Danga Bay Johor Bahru, Johor merupakan lokasi paling tepat untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun kenalan.

Pada kadar serendah RM98 untuk dewasa, manakala hanya RM58 bagi warga emas dan kanak-kanak, bukan sekadar hidangan asli Johor, 16 reruai yang menyajikan pelbagai juadah termasuk sate dan kambing golek turut sedia dinikmati sepanjang Ramadan.

Sebagai pembekal sate tersohor di Johor sejak dua dekad lalu, nama Al-Mizan cukup sinonim dengan makanan kesukaan ramai itu yang membuatkan Grand Buffet Ramadan Almizan sentiasa menjadi pilihan ramai.

Seleksi juadah lain yang membuka selera termasuk laksa Johor, mi rebus, sup gearbox, udang telur masin, urat masak lemak, nasi goreng kambing, sambal goreng jawa, ikan masam manis, asam pedas tetel, daun turi masak lemak labu, kupang sambal, rendang tok dan aneka lagi lauk pauk.

Senarai panjang tersebut belum termasuk ulam-ulaman yang boleh diacu dengan pilihan sambal, sekali gus membuatkan pengunjung bakal menambah nasi.

Kaunter manisan juga sangat meriah dengan bermacam jenis bubur sehingga ke pilihan kek pelbagai perisa selain kuih muih Melayu tradisional yang melengkapkan lagi pilihan.

Seksyen air balang pula menawarkan lapan balang minuman sejuk mengikut citarasa ramai bahkan aroma teh tarik panas pastinya membuatkan deria rasa disempurnakan.

Seperti tema yang diketengahkan iaitu Sulaman Rasa Memori Bahagia, pengunjung tidak perlu berselisih bahu dengan tetamu di meja sebelah kerana Pusat Konvensyen Danga Bay sangat luas.

Boleh memuatkan kapasiti 1,200 pengunjung, aras atas turut menempatkan surau selain disediakan kawasan permainan untuk kanak-kanak.

Istimewanya tempat pakir yang boleh menempatkan 800 kenderaan juga disediakan secara percuma tanpa sebarang caj.

Selain berpeluang menikmati hidangan enak, sambil berbuka puasa pengunjung dapat melihat pemandangan indah matahati terbenam di Danga Bay.

Suasana menenangkan itu tambah bermakna apabila Almizan turut memberikan cabutan bertuah yang menawarkan ganjaran lumayan termasuk pakej umrah serta motosikal.

Pada masa sama, syarikat yang turut terkenal sebagai pengusaha katering berkredibiliti tinggi itu tidak ketinggalan membuka ruang untuk infak kepada mana-mana individu atau pihak.

Bertujuan berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal, fakir dan sebagainya, slot infak hanya RM50 dengan minimum 20 orang dibuka setiap hari namun menerusi tempahan awal.

Sebagai info, Almizan merupakan jenama yang membawa sejarah penuh inspirasi, bermula dari rumah lelaki bernama Haji Misjan Haji Bawok atau dikenali sebagai Mizan.

Dari situ nama Almizan tercetus yang membawa maksud keseimbangan dan ketelitian bertepatan l nilai yang dipegang sejak awal penubuhannya.

Pada tahun 2008, anak usahawan terbabit iaitu Mohd Syarifuddin membawa Almizan menapak sebagai pembekal utama sate di Johor sekali gus berjaya memahat nama sebagai pembekal sate nombor satu di selatan tanah air.

Selepas itu, Almizan mengambil langkah besar dengan membuka restoran pertama mereka diberikan nama Almizan Satay House bahkan kini menjadi Grand Almizan yang juga simbol transformasi ke arah perkhidmatan lebih menyeluruh.

Grand Almizan meliputi Almizan Catering, yang menawarkan perkhidmatan katering untuk pelbagai jenis acara, dari majlis perkahwinan hingga acara korporat.

Bagi yang ingin membuat tempahan Grand Buffet Ramadan Almizan di Pusat Konvensyen Danga Bay Johor Bahru, boleh whatsapp 0194700471. – KopiPlanet.com

The post Grand Buffet Ramadan Almizan Sedia Lebih 100 Juadah Berbuka Puasa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.