Tiada Lagi Di Segmen ‘Morning Morning Suria’ Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM
Suria FM ingin memaklumkan bahawa hari terakhir Dato’ Fizz Fairuz ke udara sebagai penyampai segmen Morning Morning Suria pada 18 Julai 2025 .
Sepanjang satu tahun setengah bersama Suria FM, Dato’ Fizz Fairuz telah memainkan peranan penting dalam menceriakan hari-hari para pendengar.
Beliau merupakan antara penyampai yang berbakat besar dan mempunyai hubungan baik dengan pendengar.
Sepanjang bersama Suria, beliau telah menunjukkan profesionalisme dan semangat kerja yang tinggi.
Kami di Suria FM amat menghargai segala sumbangan dan usaha yang telah dicurahkan oleh Tok Fizz sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau dan mengharapkan kejayaan berterusan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Selamat maju jaya, Tok Fizz – terima kasih atas kenangan indah bersama Suria FM.
The post Tiada Lagi Di Segmen ‘Morning Morning Suria’ Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: