Ads Top

(Video) Mak Ayah Meninggal Menjelang Hari Bahagia, Wanita Tahan Sebak Akad Nikah Sebelah Van Jenazah Bawa Jasad Orang Tuanya Ke Kubur

Menghadapi detik pemergian kedua-dua ibu bapa di depan mata adalah tempoh paling sukar bagi setiap insan bernama anak.

Apatah lagi jika mereka pergi kerana diuji dengan sakit dan musibah yang tidak tidak diduga sama sekali.

Begitulah seperti yang dirasai oleh seorang individu di negara jiran, Indonesia ini apabila kedua-dua orang tua pergi menghadap Ilahi kerana dijangkiti COVID-19.

Pada awalnya arwah si ibu yang dijemput Tuhan dahulu, kemudiaan selang beberapa hari, giliran ayahnya pula yang ‘terpaksa’ pergi.

Gugurnya seorang demi seorang manusia yang paling dicintai, meninggalkannya bersendiri tanpa peneman di sisi.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah insan tersayang itu pergi ketika dia sedang ‘menunggu hari’ ke majlis pernikahannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ada sesuatu yang berlaku, membuatkan dirinya tekad melangsungkan terus majlis pernikahannya itu. Mari hayati video ini. Hati-hati, anda pasti akan tertangis jua.

@tinnysalon

kamu kuat kamu tabah Arum…🥺🥺😭😭

♬ Cinta Sejati – Bunga Citra Lestari

@tinnysalon

masih g percaya seperti sinetron tp ini kisah nyata….Husnul khatimah pak de Bu de …samawa untuk Arum dan suami….🥺🥺

♬ original sound – tinnysalon – tinnysalon

Doa & semangat netizen

Sebak dengan apa yang terjadi, ramai netizen menzahirkan ucapan doa dan kata-kata semangat buat si gadis ini.

Ada juga yang berpesan, semoga suaminya mampu menjadi suami yang baik dan terbaik. Gadis ini telah kehilangan tempat bergantung. Hanya suamilah sahaja satu-satunya insan yang dia ada.

Bukan mudah menerima takdir insan kesayangan pergi dijemput Ilahi..

Semoga ibu dan ayah Arum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Arum dan suami juga menjadi pasangan bahagia, kekal sejahtera hingga ke syurga. Amiin.

Sumber: TikTok Tinnysalon

The post (Video) Mak Ayah Meninggal Menjelang Hari Bahagia, Wanita Tahan Sebak Akad Nikah Sebelah Van Jenazah Bawa Jasad Orang Tuanya Ke Kubur appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.