Ads Top

‘Aku Pilih Pelangi’ Berjaya Raih Kedudukan No. 1 Di Platform Viu Dua Minggu Berturut-Turut

Viu telah mengumumkan bahawa Viu Original terbaru, Aku Pilih Pelangi telah berjaya meraih kedudukan sebagai drama No. 1 di platform Viu selama dua minggu berturut-turut sejak pelancarannya.

Selain itu, drama ini turut mencatatkan impak luar biasa dengan meraih lebih daripada 39 juta tontonan di platform media sosial (Sumber: TikTok Analytics & Meta).

Kejayaan ini membuktikan sokongan padu penonton terhadap gandingan Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique.

Fenomena drama ini turut mencuri perhatian apabila muzik video OST rasminya 1000 Kali Sakitnyanyian Mohsein Kush, kini meraih lebih 1.4 juta tontonan di media sosial. (Sumber: Universal Digital Dashboard). 

Bagi meraikan kejayaan ini dan menyokong inisiatif kerajaan Bekerja Dari Rumah (WFH), Viu melancarkan Kempen ‘Watch From Home’ yang menawarkan diskaun 50% untuk langganan bulanan Viu Premium bagi dua bulan pertama! – KopiPlanet.com

Screenshot

The post ‘Aku Pilih Pelangi’ Berjaya Raih Kedudukan No. 1 Di Platform Viu Dua Minggu Berturut-Turut appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.