Neelofa Hanya Tumpangkan Peguamnya Dari Balai Polis Ke Mahkamah Bersebelahan Dengan Jarak Sekitar 50 Meter
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menegaskan dia tidak menaiki kenderaan yang sama bersama peguamnya untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Jelas Neelofa, dia hanya menumpangkan peguamnya, Zahiril ke mahkamah yang terletak bersebelahan dengan IPD Seremban.
“Kami hanya menumpangkan beliau dari balai polis ke mahkamah bersebelahan dengan jarak sekitar 50 meter. Kenderaan peguam saya diletakkan di ruangan parkir mahkamah.
“Saya dan peguam tidak hadir ke IPD Seremban dengan menaiki kenderaan yang sama,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikongsi Facebook miliknya.
Sebelum ini ada netizen yang mempertikaikan Neelofa melanggar SOP dengan berada empat orang di dalam satu kereta.
Neelofa berkata, pihaknya telah menghubungi IPD Seremban dan mereka sudah sedia maklum mengenai perkara berkenaan.
Ujarnya, dia dan PU Riz serta pemandunya pulang ke Kuala Lumpur dengan kenderaan sendiri, manakala peguamnya pulang ke kediaman dengan memandu kenderaannya.
“Pihak polis boleh meneliti semula rakaman CCTV kami menurunkan peguam di perkarangan mahkamah atau dari luar balai polis,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Neelofa Hanya Tumpangkan Peguamnya Dari Balai Polis Ke Mahkamah Bersebelahan Dengan Jarak Sekitar 50 Meter appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: