Nabila Razali Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri Dengan Lagu ‘Tak Sabar Nak Raya!’
Setelah lagu raya pertamanya, Raya Mana? menjadi trending dua tahun lalu, kini penyanyi kesayangan ramai, Nabila Razali kembali memeriahkan musim perayaan dengan single raya terbaharu berjudul TAK SABAR NAK RAYA!
TAK SABAR NAK RAYA! merupakan hasil ciptaan Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin serta Asyraf Nasir, manala MFMF berFndak sebagai produser dan penyusun muzik.
Menariknya, lagu TAK SABAR NAK RAYA! ini bukanlah kesinambungan daripada lagu Raya Mana?, namun ia boleh dianggap sebagai prekuel lagu karya terdahulu yang mana ia menceritakan mengenai suasana raya sewaktu dirinya masih belum bergelar isteri, sekaligus melengkapkan naratif raya yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Nabila yang mesra disapa sebagai Bella berkata, apa yang cuba ditonjolkan dalam lagu TAK SABAR NAK RAYA! adalah kemeriahan serta kemanisan raya itu sendiri dalam meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
“Bella pasti ramai di antara kita yang punya perasaan tak sabar nak beraya, sama macam tajuk lagu raya ini, hingga adakalanya kita terlupa kita ada satu hari lagi nak puasa. Tapi, kita sibuk gosok baju raya, kot-kot esok raya. Semua benda kita dah siapkan.
“Kita balik kampung pun awal. Sampai Fdur pun berangan sambil fikir berapa banyak duit raya kita akan dapat, baju raya nak pakai macam mana dan fesyen tudung kena fikirkan cara nak menyesuaikannya. Paling tak sabar jumpa saudara-mara.
“Itulah gambaran yang cuba Bella sampaikan di dalam lagu nih beserta dengan muzik videonya (MV) sekali. Bukan sekadar elemen hiburan semata-mata, tetapi kita nak tunjukkan betapa semangatnya kita raikan hari kemenangan dan mengingatkan sesama kita tentang kemanisan raya itu sendiri.
Naratif TAK SABAR NAK RAYA!
Mengulas mengenai hal ini, Nabila mengakui, lagu ini bukanlah kesinambungan daripada lagu Raya Mana? tetapi ia memang saling berkaitan.
“Dalam lagu Raya Mana?, Bella tak tahu nak balik kampung mana setelah berkahwin. Itu dilema Bella yang dulu.
“Dalam lagu TAK SABAR NAK RAYA! ini pulak, ia menceritakan kisah Bella sebelum mendirikan rumahtangga yang mana dia masih duduk dengan keluarga iaitu dengan bapa dan abang-abangnya dan keluar merantau kerja di bandar.
“Kemeriahan balik kampung beraya saat itu berbeza dan dari situlah konon-kononnya dia terjumpa pasangan hidupnya iaitu Aizat Saha. Dalam MV Raya Mana? pun ada Aizat Saha. Jadi, TAK SABAR NAK RAYA! nih kononnya FFk pertemuan dengan Bella dengan Aizat,” ujarnya.
Menurut Nabila lagi, awalnya dia hanya berpeluang mendengar lagu ini yang baru sahaja separuh siap daripada rakan-rakan komposer.
“Tapi waktu itu, saya memang dan tertarik dengan ‘verse’ dan korusnya. Jadi, Bella minta untuk tambahkan part joget lambat bersama sebutan ‘ea ea ea’.
“Alhamdulillah rakan-rakan komposer berjaya terjemahkan idea Bella ini dan bila dapat sahaja lagu penuh TAK SABAR NAK RAYA!, ia menepatinapa yang Bella bayangkan. Bella happy dengan hasilnya dan Bella percaya ramai yang akan suka dengan lagu raya ini,” katanya.
Idea dan inspirasi lagu TAK SABAR NAK RAYA!
Sementara itu salah seorang komposer, Brendan Lim Seng Meng berkata, lagu TAK SABAR NAK RAYA! sememangnya dicipta khusus buat Nabila Razali.
“Ketika menghasilkan lagu ini, memang Bella yang ada dalam fikiran kami. Kami juga berusaha menghasilkan lagu yang sesuai dengan warna vokalnya yang cerah, manis dan mudah diterima pelbagai lapisan umur. Lagu ini perlukan tenaga ceria dan senyuman dalam suara dan itu memang kekuatan Bella.
“Mengenai idea dan inspirasi lagu ini pula, ia datang daripada perasaan paling jujur setiap kali Ramadan hampir berakhir. Semua orang ada satu rasa yang sama. Tak sabar nak balik. Tak sabar nak jumpa keluarga. Tak sabar nak pakai baju raya dan makan bersama. Kami mahu lagu yang menangkap momen sebelum raya.
“Bukan hanya pagi 1 Syawal, tetapi debaran sebelum pulang ke kampung, suasana beli baju, duit raya, bakar lemang. Struktur lagu sengaja dibuat mudah, berulang dan mudah diingaF. Frasa “TAK SABAR NAK RAYA” diulang sebagai hook utama supaya ia cepat melekat dan senang dinyanyikan ramai,” katanya lagi.
Namun, Brendan juga akui bahawa untuk menjadikan lagu TAK SABAR NAK RAYA! ini menjadi hit seperti mana karya lagu raya terdahulu Nabila, adalah satu tekanan buat mereka.
“Tekanan itu senFasa ada bila bercakap tentang lagu raya kerana saingan seFap tahun memang tinggi. Tetapi fokus kami bukan untuk mengatasi lagu sebelumnya.
“Fokus kami adalah menghasilkan lagu yang jujur, mudah diingaF dan relevan dengan pengalaman sebenar orang Malaysia seFap kali raya. Jika lagu ini berjaya menjadi siulan ramai, itu datang daripada keikhlasan dan kekuatan hook, bukan semata-mata tekanan untuk mencipta hit,” jelasnya.
Pengalaman Rakam Suara Dalam Studio
Berkongsi lebih lanjut, Nabila berkata, rakaman suara untuk lagu TAK SABAR NAK RAYA mengambil masa empat jam untuk disiapkan dan Haji Nabil Ahmad merupakan artis penampilan khas di dalam lagu ini.
“Bekerja dengan Haji Nabil sangat menyenangkan kerana beliau seorang yang sangat profesional dan beliau tahu fungsinya berada di situ.
“Waktu, beliau masuk recording, beliau benar-benar bersedia dan banyak memberikan input untuk menjadikan lagu ini lebih menarik. Macam-macam idea yang keluar dan macam-macam lawak sampai kita tidak tahu nak pilih yang mana.
“Tapi, Bella suka dengan hasilnya dan membuat pilihan yang tepat dengan memilih Haji Nabil. Bella juga percaya, Haji Nabil akan memberikan impak yang besar terhadap lagu ini,” katanya lagi.
Pengalaman Menjayakan MV TAK SABAR NAK RAYA!
Menghurai lebiih lanjut, Nabila menjelaskan, penggambaran MV TAK SABAR NAK RAYA! mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan terutamanya di lokasi yang menggambarkan suasana rumah kampung tradisional di Hulu Langat.
“Waktu kita buat penggambaran ini, kita memang berdepan dengan beberapa cabaran. Misalnya, melakukan step tarian beramai-ramai. Bukan mudah nak mendapatkan semua orang melakukan step yang sama pada bahagian korus lagu. Tapi, ia dilakukan secara for fun, jadi ia tidaklah terlalu stress sangat dan semua orang boleh ikut dengan mudah.
“Satu lagi cabaran adalah dari segi cuaca yang ketika itu tidak menentu dan asyik hujan. Tapi Alhamdulillah, cuaca menyebelahi kita pada waktu itu. Walaupun ada sedikit hujan tetapi ia tidak berpanjangan dan Bella bersyukur kerana mendapat team produksi yang sangat efisyen dan komited dengan kerja mereka. Semuanya dapat disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.
Nabila juga mengakui, dia benar-benar bersyukur kerana mendapat banyak sokongan daripada kawan- kawan di dalam industri yang turut terlibat dalam pembikinan MV Tak Sabar Nak Raya! ini.
“Selain Haji Nabil, Aizat Saha dan MFMF, ada beberapa pempengaruh media soaial yang turut terlibat misalnya, Aggy, King Oyen, Adik Yusuf dan Shaffiq Erwin.
“Bekerja dengan adik Yusuf juga satu pengalaman menarik. Sebab, dia baru sahaja belajar bercakap. Jadi, untuk memasFkan dia dapat menzahirkan dialognya dengan ekspresi dan tonasi yang tepat sambil memandang kamera memang memakan masa.
“Tapi, bila kita berjaya dapatkan momen yang diperlukan daripada adik Yusuf, Bella rasa puas hati sangat dan bangga dapat bekerjasama dengan anak kecil yang cukup berbakat dan semuda itu dengan bantuan bapanya,” jelasnya.
Selain itu, kata Nabila, ada juga bakat-bakat dari usia muda sehingga dewasa yang Bella ambil untuk memeriahkan lagi pembikinan MV ini. Ia memang memerlukan penglibatan ramai agar vibes dan kemeriahan raya di dalam MV ini dapat dirasai.
“Alhamdulillah, semua memberikan komitmen yang sangat baik dan luar biasa sekali dan sekaligus ia juga membuatkan Bella dapat menambah kawan-kawan baharu selain terus mengekalkan ukhwah dengan kawan-kawan yang sudah sedia ada.
“Terima kasih juga buat penaja-penaja seperF Ameco, Innershine, Sidah Catering Services (M) Sdn Bhd dan S CreaFve SoluFons Event Entertainment Sdn Bhd yang sudi bekerjasama dengan Bella dalam pembikinan MV TAK SABAR NAK RAYA!
“Harapan Bella, lagu TAK SABAR NAK RAYA! ini akan berkumandang di mana-mana sahaja pada musim perayaan ini sebagai simbol untuk kita raikan hari kemenangan. Bella juga harap semua pendengar dapat menghargai lagu-lagu raya kini seperti mana kita hargai lagu-lagu raya dahulu.
“Tidak kisahlah genre muzik apa pun. Kita hayaF dengan kita enjoy. Semoga lagu nih akan jadi siulan semua orang,” ungkapnya.
Dalam perkembangan lain, Nabila Razali juga bakal muncul dengan mini siri 20 episod, Di Sebalik Cahaya Raya yang akan mula bersiaran di platform Viu pada 26 Februari 2026 yang mana lagu TAK SABAR NAK RAYA! ini juga telah dipilih sebagai lagu runut bunyi rasmi.
Mini siri Di Sebalik Cahaya Raya ini menceritakan mengenai kisah penyanyi bernama Farah yang menerima kecaman netizen di media sosial apabila single terbaharunya, Tak Sabar Nak Raya turut dirakamkan dan diterbitkan seorang penyanyi Indie bernama Amir.
TAK SABAR NAK RAYA! yang diterbitkan Nabila Razali Entertainment, Sony Music Entertainment Malaysia serta Malika Entertainment & Management kini boleh didengarkan di semua placorm digital muzik utama termasuk SpoFfy, Apple Music dan YouTube Music mulai 27 Februari 2026. – KopiPlanet.com
The post Nabila Razali Kembali Meriahkan Sambutan Aidilfitri Dengan Lagu ‘Tak Sabar Nak Raya!’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: