Ads Top

Zizan Dikecam Sebab Tinggalkan Komen ‘Lucah’ Pada Jennie Blackpink?

Baru-baru ini, ahli kumpulan Blackpink, Jennie ada memuat naik sebuah foto dia mempromosikan seluar dalam (boxer) jenama Calvin Klein.

Gambar itu pantas meraih perhatian apabila berjaya mencatatkan lebih 5.7 juta tanda suka (like) daripada pengikut laman sosial Instagramnya.

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tidak ketinggalan meninggalkan komen menerusi entri tersebut dengan menulis, “Nahhhh sayang ni. Patut la abang cari boxer abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat.”

Namun begitu, komen tersebut telah memberikan kesan negatif terhadap Zizan apabila netizen menyifatkan komentarnya itu berbaur lucah berbeza daripada komen-komen positif yang ditinggalkan oleh selebriti antarabangsa lain terhadap foto Jennie itu.

Kebanyakan warga net menyifatkan komen ‘barang kena selam baru dapat’ itu membawa konotasi negatif dan lucah.

Namun begitu, mengikut ‘kamus’ penggemar bundle, perkataan yang digunakan Zizan adalah betul merujuk kepada aktiviti menyelam untuk mendapatkan sesuatu pakaian bundle yang bermutu dan berkualiti. – KopiPlanet.com

The post Zizan Dikecam Sebab Tinggalkan Komen ‘Lucah’ Pada Jennie Blackpink? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.