Ads Top

‘Kata Hati’ Sebuah Kisah Menghiburkan, Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi

Di sebalik lambakan filem-filem tempatan yang membanjiri pawagam saban minggu dengan satu atau dua filem baharu, mungkin ramai tidak menyedari ada sebuah genre yang agak jarang dihasilkan oleh pembikin filem.

Genre berkenaan adalah naskah bercorak romatik komedi, yang sebenarnya mampu memenuhi cita rasa penonton dan mempunyai peminat tersendiri.

Jadi, Kata Hati yang akan ditayangkan di pawagam pada 4 Jun ini mungkin boleh mengubat kerinduan buat penggemar genre berkenaan.

Nadiah Hamzah selaku pengarah berkata, penghasilan filem Kata Hati sememangnya mengisi kekosongan untuk sebuah genre yang agak jarang dihasilkan.

“Selepas terhasilnya filem pertama iaitu Motif tujuh tahun lalu, memang timbul keinginan untuk menghasilkan sebuah filem ringan yang menghiburkan.

“Lagipun penonton dah banyak disajikan dengan filem-filem aksi dan seram. Jadi, saya yakin ramai yang merindui filem yang bercorak romantik komedi,” ujarnya.

Nadiah berkata demikian ketika sidang akhbar yang berlangsung sebaik sahaja selesai tayangan media screening yang berlangsung baru-baru ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini antaranya seperti Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman.

Sementara itu, Nia Atasha yang memegang watak selaku Ayra Natasha berkata, dia sememangnya menantikan tawaran untuk terbabit dalam genre yang sebegini.

“Untuk memegang watak utama, saya terbabit dalam sesi casting (ujibakat) dan gembira apabila dapat digandingkan pula dengan Yusof sebagai hero.

“Sebelum ini, kami berdua pernah beberapa kali berganding bersama. Jadi, tidak sukar untuk kami mencari keserasian bersama terutama membabitkan babak-babak romantik,” jelasnya.

Kisah Hati mengisahkan seorang selebriti, Ayra Natasha bersama seorang pemandu e-hailing iaitu Imran yang kemudiannya menjadi pemandu peribadinya sehingga menimbulkan bibit-bibit cinta antara keduanya. – KopiPlanet.com

The post ‘Kata Hati’ Sebuah Kisah Menghiburkan, Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.