KNKV Group Sasar RM100 Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjak Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasama TiktTok
KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 Juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.
Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & AI: Business War 2026’.
Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.
Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, Professor (Adj) Hj. Adam Richman berkata, diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk pihaknya mempercepatkan kejayaan pelanggan.
“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 Juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus.
“Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat,” ujarnya.
Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok”.
Antara panel seperti:
- YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
- Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
- Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
- Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.
Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.
Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV GRoup sebagai TikTok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan,
Pemasaran Berasaskan AI, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran.
KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.,Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan. – KopiPlanet.com
The post KNKV Group Sasar RM100 Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjak Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasama TiktTok appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: