Ads Top

‘Cela’ Tampilkan Sebuah Diri Drama Suspen Psikologi & Cinta Gelap Penuh Debaran

Viu, platform penstriman video terkemuka PCCW, hari ini mengumumkan tayangan perdana Viu Original Malaysia terbaharunya, Cela (Broken), sebuah siri suspen psikologi dan cinta gelap (dark romance) mendalam yang meneroka obsesi, rahsia, serta kemaafan.

Siri 12 episod ini menampilkan dua bakat tersohor Malaysia, pelakon pemenang anugerah Nabila Huda dan pelakon kegemaran ramai Hun Haqeem, yang buat julung kalinya digandingkan bersama di layar. Siri ini sudah boleh mula distrim secara eksklusif di Viu bermula 20 Ogos lalu, dengan episod baharu disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat.

Diarahkan oleh pengarah berpengalaman Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Film Station Sdn. Bhd., Viu Original Cela menggabungkan drama kekeluargaan berlapis dengan ketegangan psikologi yang mendebarkan. Kisah ini menyelami lingkaran gelap kesedihan, kebenaran yang disembunyikan dan kesan emosi yang mendalam, sekali gus membawa kelainan kepada penceritaan tempatan menerusi plot twist yang sukar dijangka.

Menambahkan lagi kekuatan emosi siri ini ialah lagu tema rasmi, Sejambak Bunga, yang dipersembahkan oleh penyanyi pemenang anugerah, Ernie Zakri.

Menerusi Cela, kami ingin meneroka sempadan baharu kandungan penstriman tempatan dengan mengetengahkan sebuah naratif berani yang menyelami kompleksiti psikologi di sebalik kesedihan dan dendam.

Projek ini juga menjadi satu pencapaian yang cukup mengujakan apabila ia menandakan kali pertama Feroz Kader mengarahkan sebuah karya bergenre dark romance, di samping menjadi pengalaman genre baharu buat Nabila Huda, Hun Haqeem dan Zarif Ghazzi.

Kami teruja untuk mempersembahkan sebuah siri yang memberikan pengalaman segar dan mendebarkan kepada semua yang terlibat, dari awal hingga akhir,” kata Imillya Irwani Roslan, Ketua Bahagian Produksi, Viu Malaysia.

Mengenai Siri Ini

Selepas kematian bapanya menyebabkan keluarganya berantakan, Kaer, seorang pelajar sekolah menengah, bersama ibunya yang masih berduka, dibawa tinggal bersama Datuk Arshad yang kaya dan isterinya yang mempesonakan, Datuk Anees.

Dalam mencari ketenangan di tengah-tengah tragedi yang menimpa keluarganya, Kaer mula terikat secara emosi dengan Anees.

Namun, keadaan berubah menjadi gelap apabila Kaer menemui satu kebenaran yang menyakitkan, bahawa Anees mempunyai kaitan secara langsung dengan tragedi yang telah memusnahkan keluarganya.

Terperangkap antara motif tersembunyi dan dendam, Kaer terpaksa berdepan dengan pengkhianatan serta harga yang perlu dibayar atas setiap pilihan yang dibuatnya.

Barisan Pelakon Hebat, Gabungan Wajah Kegemaran Viu

Cela menampilkan barisan pelakon hebat yang menghimpunkan wajah-wajah popular dan bintang yang semakin menyerlah. Nabila Huda menerajui siri ini, dengan pengalaman lakonannya termasuk Alter-Naratif, bersama Hun Haqeem yang dikenali menerusi Nenek Bongkok TigaW: Two Worlds Malaysia dan From Saga With Love.

Turut membintangi siri ini ialah Zarif Ghazzi yang baru-baru ini muncul menerusi Satu, Dua.. Dia? dan Abang Imam Minah Skuter, selain Ellyza Azizi (The Secret), Datuk Seri Eizlan Yusof (Saat Aku Tahu), Lisdawati (Mitos Cinta Akira) dan Zain Saidin. – KopiPlanet.com

The post ‘Cela’ Tampilkan Sebuah Diri Drama Suspen Psikologi & Cinta Gelap Penuh Debaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.