Ziana Zain Dianugerahkan D.P.S.M… Kini Muncul Anak Seni Terbaharu Dapat Gelaran Datuk
Penyanyi popular tanah air, Ziana Zain menjadi anak seni yang terbaru kini bergelar Datuk setelah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-77, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang berlangsung hari ini.
Penganugerahan berkenaan telah diterima Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Balai Istiadat Seri Negeri.
Ziana yang dilahirkan di Merlimau, Melaka itu merupakan antara 189 individu yang dianugerahkan D.P.S.M. dalam istiadat berkenaan, selain penerima lain daripada pelbagai latar belakang termasuk perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.
Sebelum ini, pemnyanyi berkenaan pernah berkongsi bahawa beliau sememangnya tidak pernah mengejar gelaran Datuk, sebaliknya menganggap ia sebagai rezeki sekiranya dianugerahkan.
Katanya, paling penting baginya adalah meneruskan karier sebagai penyanyi dan menghiburkan peminat selepas lebih tiga dekad berada dalam industri seni tanah air.
Menerusi penganugerahan berkenaan, ia sekali gus menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni suara yang diceburi sejak awal kemunculan sebagai penyanyi profesional. – KopiPlanet.com

The post Ziana Zain Dianugerahkan D.P.S.M… Kini Muncul Anak Seni Terbaharu Dapat Gelaran Datuk appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: