Ads Top

Lepas Kena Body Shaming & Masalah Muka, Amalina Jasmin Berhabis Hingga RM300 Sebulan Beli Produk Penjagaan Kulit

Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin tampil berkongsi mengenai cabaran yang pernah dilalui olehnya sepanjang dikenali ramai di media sosial.

Amalina berkata, dia mula dikenali sekitar tahun 2021 apabila videonya menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.

Meskipun memiliki saiz badan yang sedikit berisi, Amalina memberitahu perkara itu tidak membuatkannya patah semangat untuk memberi inspirasi kepada wanita lain di luar sana.

“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming. Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.

“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum. Konten fyp kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa.

Disoal mengenai cabaran menjadi seorang pempengaruh dalam bidang fesyen dan kecantikan, Amalina mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout ketika namanya sedang dikenali ramai.

Oleh sebab itu, Amalina menjelaskan dia menekankan kepentingan penjagaan kulit wajah agar masalah tersebut tidak berulang kembali.

“Saya tahu apa masalah kulit saya dan apa yang kulit saya perlukan. Kalau banyak jerawat, saya akan cari produk untuk menghilangkan jerawat. Kalau nak hilangkan bintik hitam, saya akan cari produk untuk itu.

“Sebagai individu yang dikenali ramai, masalah kulit boleh membuatkan saya berasa stres. Bila breakout saya tak boleh mengenakan solekan. Saya jadi tak konfiden nak berjumpa dengan orang.

“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya tak okey, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu. Apabila sudah pulih, baru saya kembali buat review produk kecantikan.

Ujar Amalina lagi, dia tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit agar tampil menarik.

“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri. Bukan orang seperti kami sahaja yang perlu berbuat sedemikian. Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik.

Tambah Amalina, sokongan daripada keluarga juga membuatkan dia berjaya sehingga ke hari ini.

“Sejak awal penglibatan saya di media sosial, keluarga sangat memberi sokongan. Mereka faham saya. Lagipun apabila saya dah bekerja sendiri, saya boleh bantu ayah saya yang sedang sakit.

“Seminggu dua tiga kali saya kena bawa dia pergi hospital. Ayah saya seorang orang kelainan upaya yang menghidap penyakit diabetis. Dia pelu ke hospital setiap minggu untuk dressing luka. Apabila saya bekerja secara freelance, senang untuk saya menguruskan masa.

Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, pada Sabtu, turut berkongsi mengenai kebaikan jenama produk The Pastels Shop. Jelas Amalina, dia antara pempengaruh media sosial yang menggunakan produk tersebut.

“Saya sangat menyukai produk Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution. Ini kerana, produk tersebut sangat sesuai buat semua lapisan umur dan masyarakat.

“Paling penting mesra wuduk dan mendapat kelulusan daripada KKM. Lagi satu, Bakuchiol Solution ini bagus kerana dia pengganti kepada retinol dan sesuai untuk masalah kulit sensitif.

Sementara itu, pengasas The Pastels Shop iaitu Sarini Zainal, berkata, Majlis Pastels Community Get-Together meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama tersebut serta komitmen dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit.

Ujar Sarini, acara ini diadakan bagi mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution yang dikenali kerana keberkesanan dan formulasi yang lembut.

“Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk, telah meraih populariti yang luar biasa dan menjadi viral di TikTok dengan lebih 250,000 ribu unit jualan. Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.

“Selama bertahun-tahun, ramai rakyat Malaysia menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara, dan mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan, atau terlalu berbau.

“Sebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89.

Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.

“Komitmen kami berpandukan kepada pendidikan dan ketelusan. Kami memperkasakan pelanggan dengan ilmu mengenai kimia di sebalik produk kami, dengan menyediakan penerangan produk yang terperinci, peratusan bahan, dan sokongan pelanggan yang mudah diakses.

“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Lepas Kena Body Shaming & Masalah Muka, Amalina Jasmin Berhabis Hingga RM300 Sebulan Beli Produk Penjagaan Kulit appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.