Abang Imam Minah Skuter Drama Romantik Komedi Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT terkemuka oleh PCCW dengan bangganya mengumumkan tayangan perdana drama terbaharunya, Abang Imam Minah Skuter (Dear Crush, I Love You), yang akan mula ditayangkan secara eksklusif di platform Viu bermula 24 Julai 2025.
Abang Imam Minah Skuter merupakan kerjasama pertama antara Viu Malaysia dan Zeel Production, sebuah penerbit yang terkenal dengan drama kekeluargaan dan penuh komedi.
Dihasilkan sepenuhnya di Perlis, siri ini menggabungkan elemen komedi, romantik dan suasana kampung dalam 12 episod yang menyentuh hati dan mencuit tawa, membawakan kisah tentang pertembungan nilai, identiti dan cinta dalam komuniti kecil.
Dibintangi oleh Zarif Ghazi dan Bella Dowanna (Viu Original Gadis Masa) sebagai dua personaliti bertentangan yang disatukan oleh takdir, siri ini turut menampilkan barisan pelakon dinamik termasuk Zulin Aziz, Bella Hanna, Sharifah Rose, Marc Sadique, Amir Haikal, Khai Bahar, Usop Wilcha, Kazar Saisi, Acong Sweetchild dan Man Raja Lawak.
Dengan campuran komedi, nilai kekeluargaan dan nostalgia kampung yang menyentuh hati, Abang Imam Minah Skuter menjanjikan pengalaman tontonan yang menghiburkan dan menyentuh emosi.
Pengurus Negara Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata, “Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Zeel Production dalam menghasilkan drama ini. Kolaborasi ini membuka ruang untuk kami membawakan kisah-kisah yang segar, autentik dan sangat dekat dengan penonton Malaysia.
“Dengan sentuhan pengarah Helmi Yusof dan kekuatan lakonan barisan pelakon, kami percaya siri ini dapat menghiburkan sekaligus meninggalkan kesan mendalam kepada semua penonton.”

Drama ini mengisahkan Zarul hanya ingin melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur, tetapi takdir dan beberapa kejadian lucu telah membawanya menjadi imam tidak sengaja di sebuah kampung terpencil yang sarat dengan peraturan patriarki pelik.
Dalam sekelip mata, dia menjadi tumpuan utama, terutama sekali tiga jejaka tua yang berperwatakan menarik yang digelar Kelab Jejaka Andartu dan termasuklah digilai oleh kaum wanita di sana.
Namun, ada beberapa orang yang langsung tidak tertarik dengan Zarul antaranya ialah Mardhiah, seorang gadis penghantar yang berani dan tidak mengikut acuan tipikal wanita, ketua kampung yang penuh muslihat, Bakri, dan anak lelakinya yang sombong, Hamidon.
Di antara cuba mengelak peminat yang terlalu obses, membongkar rahsia gelap kampung dan jatuh hati pada gadis yang langsung tidak tertarik dengannya, mampukah Zarul mengharungi peranannya sebagai imam kampung. – KopiPlanet.com
The post Abang Imam Minah Skuter Drama Romantik Komedi Mencuit Hati & Menyentuh Jiwa appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: