Ads Top

Dah Lama Jadi Transgender, Lucinta Luna Akhirnya Mahu Kembali Ke Fitrah Asal

Transgender dan selebriti terkenal Indonesia, Lucinta Luna kini menunjukkan kesungguhannya untuk kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Dalam beberapa posting di akaun sosial media miliknya, Lucinta menunjukkan kesungguhannya itu dengan perubahan penampilannya serta mengerjakan solat sunat Aidilfitri berjemaah di bahagian lelaki.

“Walaupun saya hanya seorang pendosa yang tidak terlepas daripada penyimpangan, izinkan saya, Muhammad Fattah, pada hari suci ini (Hari Raya Aidilfitri) untuk beribadah lebih dekat kepada-Mu, Ya Allah.”

“Pada Aidilfitri ini, buat pertama kalinya saya memberanikan diri untuk menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah di masjid di negara seberang. Berdiri di barisan saf lelaki, ia adalah langkah kecil keberanian saya, seolah-olah penuh makna dalam perjalanan iman saya,” tulisnya.

Lucinta yang kini sudah pulang ke Indonesia setelah berada di Korea Selatan turut berpenampilan seperti lelaki dengan gaya rambut pendek.

Jelasnya, penampilan terbaharunya itu juga merupakan langkah pertama yang telah diambil untuk dirinya menjalani perubahan.

“Semoga dari sini saya perlahan-lahan dapat memperbaiki diri, melaksanakan ibadah dengan lebih baik, dan mengurangkan rasa malu dan prestij untuk kembali kepada fitrah yang telah ditentukan Allah sejak saya dilahirkan.”

Pada masa yang sama, Lucinta juga berharap agar masyarakat Indonesia dapat memberi sokongan berbanding mengkritik penampilan terbarunya.

“Selepas sekian lama, lebih 10 tahun, saya dapat memberanikan diri untuk beribadat dengan memakai sarung, peci dan sejadah seperti mana sifat saya.

Semua keberanian kecil ini adalah sokongan daripada Allah kerana banyaknya dosaku, ampunilah aku Ya Allah, Tuhan semesta alam.”

Sebelum ini, Lucinta merupakan antara transgender Indonesia yang dikenali dengan pelbagai kontroversi, termasuklah melakukan pembedahan kelamin di Thailand. – KopiPlanet.com

The post Dah Lama Jadi Transgender, Lucinta Luna Akhirnya Mahu Kembali Ke Fitrah Asal appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.