Ads Top

Bekas Peserta Program Realiti, Azmirul Kantoi Curang Dengan Isteri Di Bulan Ramadan

Seorang bekas peserta program Mentor 7, Azmirul menjadi perhatian ramai selepas didakwa kantoi berlaku curang bersama seorang wanita di sebuah bazar Ramadan sekitar Dataran Senawang, malam tadi.

Insiden kecurangan tersebut menjadi viral di media sosial menerusi satu video yang dimuat naik oleh isteri kepada penyanyi tersebut.

Dalam rakaman itu, wanita yang dipercayai isteri peserta progran itu dilihat menyergah suaminya di lokasi kejadian dan turut menjerit ‘penyondol’ kepada seorang wanita.

Ternyata perkongsian yang kini menjadi viral itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan ramai yang meluahkan rasa terkejut.

Selain ada yang berasa simpati kepada si isteri, ada juga segelintir yang beranggapan situasi berkenaan lebih kepada marketing.

Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Azmirul bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik dakwaan tersebut. – KopiPlanet.com

The post Bekas Peserta Program Realiti, Azmirul Kantoi Curang Dengan Isteri Di Bulan Ramadan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.