Ads Top

Panggung Purnama Umum Barisan ‘Line Up’ Kedua & Ketiga… Pamungkas, Bilal Indrajaya & Fugo Bakal Gegar Zepp Kuala Lumpur

Pengumuman line up kedua dan ketiga Panggung Purnama bukan ‘main kasar’ sahaja tetapi membuat peminat semakin tidak tenang!

Selaku penganjur, UdaraLaskhar membawa Pamungkas ‘Flying solo’ kepada anda ‘To The Bone’ dan Fugo — kugiran Malaysia yang sedang ‘naik daun’ dengan karya mereka termasuk As Long As We Stay serta Lagu Balada Kala Hujan untuk melengkapkan Panggung Purnama bersama Bilal Indrajaya.

Ingat dan jangan sampai terlepas temu janji anda bersama tiga pemuzik hebat dengan karya-karya yang melekat di jiwa akan berlangsung penuh hangat dan intim di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September 2025.

Hal ini kerana UdaraLaskhar berjanji Panggung Purnama bersama Bilal Indrajaya, Pamungkas dan Fugo adalah sebuah pengalaman berbeza yang pernah ditampilkan dalam penganjuran persembahan sebelumnya.

“Kami di UdaraLaskhar begitu teruja mengumumkan Pamungkas dan Fugo sebagai line up kedua dan ketiga Panggung Purnama pada 28 September di Zepp Kuala Lumpur.

“Kami percaya kepada ‘candu’ Pamungkas dan Fugo bermula penampilan sehingga karya yang telah membuat ramai peminat terus ingin menikmati lagu-lagu mereka secara langsung.

“Dan kami realisasikan mimpi serta permintaan peminat menerusi penampilan sulung Pamungkas dan Fugo bergabung dengan Bilal Indrajaya dalam Panggung Purnama pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur nanti,” ujar John Labu mewakili penganjur UdaraLaskhar.

Menurut John Labu lagi, ketiga-tiga pemuzik yang dipilih menepati kriteria tepat untuk Panggung Purnama kerana konsep konsert yang telah difikirkan sejak sekian lama.

“Kami yakin Pamungkas, Fugo dan Bilal Indrajaya akan meninggalkan kesan tersendiri di Panggung Purnama,” ujar John penuh percaya.

Dengan pengumuman dua lagi line up yang mengisi Panggung Purnama, sementelah Pamungkas dengan stail flamboyant dan Fugo yang menyenangkan berdiri sama tinggi bersama Bilal Indrajaya, sanggupkah anda melepaskan keraian menarik ini?

Jadi dapatkan tiket dengan kategori Bintang (RM179), Langit (RM199), Awan (RM249), Bumi (RM239) dan Purnama (RM399) boleh diperoleh menerusi www.ilassotickets.com. Melepaskan peluang membeli tiket Panggung Purnama seperti menolak lamaran ‘cinta’ Bilal Indrajaya yang penuh karisma. – KopiPlanet.com

The post Panggung Purnama Umum Barisan ‘Line Up’ Kedua & Ketiga… Pamungkas, Bilal Indrajaya & Fugo Bakal Gegar Zepp Kuala Lumpur appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.