Ads Top

Bakal Disaman Tiga Individu, Caprice Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan popular, Caprice tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mendedahkan dirinya bakal menerima saman daripada tiga individu termasuk usahawan Asyraf Khalid.

Dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial, Caprice memberitahu dia mungkin akan dikenakan perintah injunksi iaitu larangan untuk bercakap berkenaan isu tersebut di media sosial. 

“Saya nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa-mangsa (dipukul). Menurut peguam saya, mungkin selepas saya terima tiga saman ini esok pagi, akan ada satu injunksi daripada mahkamah supaya saya tidak boleh sebut tentang kes ini. 

“Sudah tentu saya akan lawan perintah injunksi itu, tetapi seperti anda semua tahu mahkamah di Malaysia ini prosesnya mungkin ambil masa selama lapan bulan atau setahun,” katanya. 

Menurut penyanyi berkenaan, selain Asyraf, dua individu lain yang akan menghantar saman berkenaan mempunyai kaitan dengan dakwaan kes pukul melibatkan enam mangsa yang pernah didedahkan Caprice sebelum ini. 

Pada masa sama, Caprice turut memohon maaf kepada masyarakat Malaysia dan mendoakan agar kemenangan akan berada di pihak benar. 

“Jadi untuk tempoh lapan bulan atau setahun, saya tidak boleh cerita tentang kes ini. Mereka berjaya senyapkan Caprice. 

“Disebabkan kita membela mangsa (dipukul) ini, saya terima ugutan bunuh dan kami terima saman. Minta maaf Malaysia, hari ini mereka menang. Esok, lusa insya-Allah di pihak mangsa,” ujarnya. 

Pada minggu lalu, Caprice meluahkan rasa kesal menerusi perkongsian di media sosial dengan tindakan Asyraf kerana menjemput seorang lelaki yang juga jurulatih kecergasan sebagai tetamu podcast yang didakwa pernah melakukan penganiyaan dengan mencederakan beberapa orang individu.

Sehubungan itu, Asyraf dalam satu sidang media pada Jumaat lalu memberitahu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice selepas menganggap kontroversi yang berlaku mencalarkan imej malah menjejaskan peruk nasi sebagai ahli perniagaan. – KopiPlanet.com

The post Bakal Disaman Tiga Individu, Caprice Tampil Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.