McDonald’s Malaysia Terbit Siri Mini Drama Senyuman, Tampilkan Jack Tan & Nabila Razali
McDonald’s Malaysia meneruskan usaha mengeratkan hubungan bersama pelanggannya menerusi pelancaran siri drama terbaharu yang menyentuh hati bertajuk “Senyuman”. Tayangan perdana siri drama tujuh episod ini akan bermula pada 7 Ogos 2025 di semua platform media sosial rasmi McDonald’s Malaysia. Menariknya, Senyuman menampilkan jalan cerita multi bahasa yang mencerminkan cara unik McDonald’s Malaysia mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.
Senyuman merupakan kesinambungan daripada koleksi mini drama McDonald’s Malaysia yang menggabungkan elemen hiburan dan penceritaan jenama, dalam masa yang sama mengetengahkan tawaran hidangan bernilai setiap hari menerusi Aplikasi McDonald’s. Antara siri sebelum ini yang mendapat sambutan termasuk “Rugi Tau Tak Pakai App McD”, “Love at McD”, “Ms App”, “The Best Deal”, dan “Kau Sundaeku”.
“Di McDonald’s Malaysia, kami komited untuk mencipta detik-detik indah yang menceriakan rakyat Malaysia, sama ada melalui hidangan, layanan mahupun cara kami berinteraksi dengan pelanggan,” kata Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia. “Senyuman mencerminkan semangat feel-good kami yang mana ia adalah sebuah kisah yang menghangatkan jiwa, dekat di hati, dan penuh makna. Pada masa yang sama, kami akan terus menjadikan pengalaman bersama McDonald’s Malaysia lebih mudah diakses melalui aplikasi kami, agar pelanggan dapat menikmati lebih banyak hidangan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.”
Siri ini dibintangi oleh pelakon berbakat dan pemenang anugerah, Jack Tan, yang terkenal dengan lakonan penuh emosi dan versatil sebagai watak utama, Ming. Turut menjayakan siri ini ialah penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali sebagai June iaitu seorang watak ceria yang membawa sinar dalam hidup Ming. Penonton juga boleh menantikan kemunculan istimewa Lim Jian Wen, yang menambahkan lagi emosi dalam penceritaan ini. Gabungan pelakon-pelakon ini menghidupkan kisah penuh nilai persahabatan, empati dan momen-momen kecil yang bermakna.
Senyuman mengisahkan Ming (Jack Tan), seorang pemuda yang pendiam dan sukar didekati, yang sudah lama tidak mengukirkan senyuman. Rakan sekerjanya, June (Nabila Razali), perlahan-lahan cuba mendekatinya dan mengajaknya makan malam di McDonald’s. Di situlah, sepinggan kentang goreng menjadi titik mula kepada sebuah perhubungan yang perlahan-lahan mengubat kesepian dalam diri Ming.
“Ini bukan sekadar satu projek, tetapi kisah tentang sisi manusia yang jarang diberi perhatian,” kata Jack Tan. “Saya tertarik dengan kesunyian yang dilalui Ming, sesuatu yang ramai orang alami. Menghidupkan sisi rapuh watak itu bukan sesuatu yang mudah, tetapi saya berusaha untuk menyampaikannya dengan sebaik mungkin. Saya menghargai langkah McDonald’s Malaysia yang memilih untuk mengetengahkan kisah yang bermakna seperti ini kerana ia menunjukkan bahawa jenama ini benar-benar mementingkan hubungan emosi dengan pelanggan, bukan sekadar menyajikan hidangan yang enak.

Dalam penampilan sulungnya menerusi siri mini drama, Nabila Razali turut berkongsi: “Berbeza dengan iklan biasa yang selalunya ceria dan penuh tenaga, Senyuman membawa pendekatan yang lebih mudah diterima dan menyentuh perasaan. Watak saya menceriakan dunia Ming, dan saya memang seronok menjadi ‘sinar’ dalam hari-harinya yang suram dan bergurau di antara babak penggambaran! Memang menyegarkan bila McDonald’s Malaysia memilih untuk mengetengahkan kisah yang melangkaui produk, sebaliknya menumpukan kepada emosi yang kita semua boleh rasa dan alami bersama.”
Setiap inisiatif McDonald’s Malaysia berteraskan satu matlamat utama, iaitu menciptakan detik harian pelanggan lebih mudah dan menyeronokkan, terutamanya melalui Aplikasi McDonald’s. Dengan lebih 19 juta muat turun dan 1.4 juta pengguna aktif, aplikasi ini memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan, menikmati promosi harian, dan mengumpul ganjaran. Senyuman merupakan kesinambungan daripada koleksi mini drama digital McDonald’s yang kreatif, memfokuskan bagaimana aplikasi ini melengkapkan gaya hidup harian rakyat Malaysia, sekali gus menjadikan detik-detik indah lebih mudah dirasai pada bila-bila masa dan di mana jua.
Jangan lupa saksikan tayangan perdana Senyuman pada 7 Ogos 2025 jam 8 malam! Episod baharu akan disiarkan setiap hari di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube rasmi McDonald’s Malaysia. Ikuti kisah menyentuh hati dalam multi bahasa, menampilkan wajah-wajah yang dikenali dan detik-detik indah yang menyatukan rakyat Malaysia, mengukir senyuman pada setiap masa. – KopiPlanet.com
The post McDonald’s Malaysia Terbit Siri Mini Drama Senyuman, Tampilkan Jack Tan & Nabila Razali appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: