Farahdhiya Dedah Dirinya Pernah Jadi Mangsa Buli… Diugut, Dicaci & Dibaling Batu
Penyanyi dan pelakon popular, Farahdhiya mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli, termasuk kekerasan fizikal sewaktu zaman persekolahan.
Dalam satu perkongsian di platform Threads, penyanyi itu memberitahu kejadian berkenaan terjadi sewaktu dia baru berpindah sekolah semasa tingkatan satu.
“Saya masih ingat… masa sekolah dulu ada beberapa kumpulan pelajar perempuan yang selalu buli saya.
Ada satu kumpulan pula konon-konon macam Spice Girls. Saya budak baru ketika itu, masuk pertengahan tingkatan satu,” dedahnya.
Ujar penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu, dia bukan sahaja dicaci dengan pelbagai gelaran, malah turut dilempar batu, diconteng nama dengan kata-kata kesat di makmal dan tandas, selain menerima surat ugutan.
“Diorang tulis ‘Farahdhiya menggelabah, Farahdhiya bab*, poyo, gedik’… Bila waktu rehat saya dibaling batu.
“Tapi saya diam, sebab saya budak baru. Kes buli itu berlarutan hampir setahun, saya tak pernah melawan,” katanya.
Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila memasuki tingkatan dua dan dia bertekad untuk tidak lagi menjadi mangsa, hingga akhirnya bertindak mempertahankan diri selepas diserang secara fizikal.
Malah, gara-gara kejadian itu menyebabkan pelajar-pelajar yang pernah membulinya mula berubah dan ada yang tampil meminta maaf.
“Satu hari salah seorang daripada mereka sentuh saya, dan secara automatik saya balas dengan sepakan. Seorang tergolek, seorang lagi cuba tolong, tapi dia tikam saya dengan pen. Nasib baik kena tangan saja.
“Mereka tak sangka saya boleh jadi fighter. Tapi saya bukan fighter, saya lover. Saya cuma pertahankan diri,” katanya.
Disebabkan insiden tersebut, mereka terpaksa berdepan tindakan disiplin sekolah termasuk dipanggil oleh guru besar dan berisiko digantung sekolah.
Justeru, Farahdhiya menasihatkan golongan pelajar supaya tidak menjadikan sekolah sebagai tempat untuk berlagak samseng.
“Mak ayah hantar ke sekolah untuk timba ilmu, bukan nak tunjuk hebat. Tak kemana pun perangai kaki buli. Jaga nama baik keluarga dan ambil peluang itu untuk buat ibu bapa bangga,” katanya. – KopiPlanet.com
The post Farahdhiya Dedah Dirinya Pernah Jadi Mangsa Buli… Diugut, Dicaci & Dibaling Batu appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: