Ads Top

Konsert ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ Simbolik Empat Dekad Ratu Jazz Dalam Dunia Seni Suara

Kredibiliti Altus Prohouse sebagai penganjur konsert berprestij di Malaysia tidak dapat dipertikaikan lagi. Sudah banyak penganjuran yang dilaksanakan Altus Prohouse mencapai kejayaan luar biasa.

Belum mahu berhenti melakar sejarah bukan hanya terhadap penganjuran peribadi tetapi industri seni muzik tempatan, Altus Prohouse kembali dengan penganjuran yang akan menjadi sebuah momen emas pada tahun 2025.

Sheila Majid 40 Years in Music — begitu judul penganjuran konsert yang bakal dibawakan Altus Prohouse dengan megah dengan dibantu oleh TopGallant Show selaku penganjur bersama.

Ya, dan anda; peminat tidak salah membaca atau silap mendengar. Altus Prohouse dengan bangga membawakan figura ikonik negara yang cukup disegani, Sheila Majid menerusi penganjuran konsert paling mega yang pernah dianjurkan sepanjang empat dekad pembabitan Ratu Jazz ini dalam belantika muzik Nusantara.

Lebih mengujakan, Sheila Majid 40 Years in Music yang dijadual berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 November 2025 akan membawa tema keraian yang penuh warna-warni sebagai tanda manis perjalanan empat dekad Sheila Majid — si pempesona genit dengan penampilan elegan bersama vokal nan satu miliknya tanpa tara.

Penganjur menyifatkan Sheila Majid 40 Years in Music bukan sebuah konsert tribute tetapi sebuah perjalanan yang menyaksikan karier sang legenda tidak pernah berakhir hanya kerana semakin bertambah usia.

Sebuah penyatuan para peminat Sheila menyaksikan 40 tahun yang indah… terus berkembang dan MOVE ON dengan segala perancangan terbaru untuk tahun ini dan mendatang. Tidak bernoktah, tiada titik untuk pembaharuan dan akan terus berkembang di hati peminat.

“Altus Prohouse tidak dapat menafikan betapa berbangga untuk mengumumkan Sheila Majid 40 Years in Music di Axiata Arena Bukit Jalil pada 8 November 2025 ini.

“Tentu sahaja yang pertama kerana Sheila Majid adalah figura pen)ng dalam dunia muzik Nusantara dan perlu untuk diraikan dalam sebuah penganjuran konsert yang cukup gah.

“Dan kedua, siapa yang mahu melepaskan momen atau sejarah yang tidak patut dilupakan — Sheila Majid 40 tahun dalam bidang muzik. Usia 40 tahun atau empat dekad adalah sebuah pencapaian yang luar biasa untuk seorang karyawan seni bukan hanya bertahan tetapi terus relevan dalam pasaran masa kini.

“Karya-karyanya, suara, revelannya beliau dan pencapaian yang telah diraih membuatkan Sheila Majid 40 Years in Music lebih daripada sekadar konsert.

“Sheila Majid 40 Years in Music adalah pesta merayakan perjalanan panjang penuh ranjau, detik-detik penting dan manis Sheila serta bagaimana lagu-lagu miliknya seperti Sinaran, Hitam Putih Kehidupan, Legenda, Antara Anyer Dan Jakarta yang telah dihasilkan pada era 80-an dan 90-an telah hidup subur melangkaui batas serta mampu menawan hati penggemar muzik generasi kini.

“Sheila Majid 40 Years in Music juga bakal menjadi sejarah abadi yang merayakan satu-satunya Ratu Jazz dan legenda kita, Sheila Majid. Kami sedang meraikan evolusi yang dibawa Sheila Majid,” ujar Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse.

Tanpa meletakkan kelas tersendiri atau hierarki terhadap dirinya kerana telah empat dekad utuh dalam belantika muzik Nusantara, Sheila malah menyifatkan adalah sebuah keberuntungan buatnya kerana pernah bertemu dan bekerjasama dengan banyak pihak yang menjadi penyumbang kepada harumnya nama beliau sehingga kini.

“Empat dekad atau 40 tahun satu fasa perjalanan karier yang cukup panjang. Saya juga )dak pernah menyangka memiliki keberuntungan dicintai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya sejak 40 tahun lepas.

“Ini adalah anugerah buat saya. Keberadaan empat dekad saya dalam industri seni Nusantara juga bukan hasil individu tetapi saya telah bertuah kerana mendapat khidmat ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang membantu karier saya sehingga kini.

“Jadi Sheila Majid 40 Years in Music adalah tribute terhadap banyaknya pembabitan individu-individu hebat di belakang saya dan menjadi tanda manis kepada karier saya yang masih diterima baik oleh generasi kini,” ujar Sheila Majid.

Sesuai dengan penganjuran empat dekad, Sheila Majid 40 Years in Music menyaksikan )ket dengan beberapa kategori dijual bermula pukul 10 pagi, 17 Julai ini. – KopiPlanet.com

The post Konsert ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ Simbolik Empat Dekad Ratu Jazz Dalam Dunia Seni Suara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.