Ads Top

“Tadi Ternangis Kejap…” – Bella Astilla Teruja Dapat Bermain Alat Muzik Bersama Tun Siti Hasmah

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah memuatkan rasa keterujaan apabila berpeluang dapat bermain alat muzik bersama isteri Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di kediaman beliau.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella menyifatkan peluang berkenaan umpama impian yang menjadi kenyataan apabila dia mendapat jemputan untuk bermain alat muzik bersama Tun Siti Hasmah.

“Masih terasa impian menjadi kenyataan. Bulan lepas ibu saya menerima panggilan telefon, jemputan untuk saya perform bersama Tun Hasmah.

“Saya tak percaya pada mulanya hingga saya sendiri melihat mesej itu dan bercakap dengan Kak Maryam/ Kak Azah. Kerana tak pernah sekali pun saya sangkan akan terjadi. Alhamdulillah!,” kongsinya.

Dalam perkongsian berkenaan, Bella memuat naik berapa keping gambar pertemuannya bersama Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir.

Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan dia bermain alat muzik gitar, manakala Tun Siti Hasmah pula dilihat bermain biola.

“Hari ini, saya dapat bertemu mereka, bermain muzik bersebelahan dengan Tun Hasmah, malah berkongsi kisah dan gelak tawa. Tun M dan Tun Hasmah sangat baik menjemput saya untuk makan tengah hari bersama walaupun saya dah lambat untuk ke kelas.

“Tadi ternangis kejap, they are both incredibly kind, sweet, warm, and genuine. MashaAllah. Semoga Allah SWT terus kurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua inshaAllah amiin yra true sweethearts of Malaysia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Tadi Ternangis Kejap…” – Bella Astilla Teruja Dapat Bermain Alat Muzik Bersama Tun Siti Hasmah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.