Ads Top

Konsert ‘Symphony Of Ungu Live In Kuala Lumpur’ Sukses, Peminat Terbuai Dengan Nyanyian Diiringi Orkestra

Konsert ‘Symphony Of Ungu Live In Kuala Lumpur’ yang berlangsung pada Sabtu lalu sempena dengan ulang tahun Ungu ke-29 ternyata berlangsung dengan sukses.

Biarpun kumpulan popular dari seberang itu sudah acap kali beraksi di Malaysia, namun konsert yang berlangsung itu tampil dengan kelainan tersendiri.

Menariknya, kira-kira 2,500 peminat yang hadir telah disajikan dengan lagu-lagu popular nyanyian mereka dengan diiringi pemuzik orkestra.

Dengan kredibiliti kumpulan berkenaan mereka ternyata telah mengotakan janji dengan sebuah persembahan yang sangat bertenaga dan istimewa melalui sentuhan okestra yang dipimpin oleh J.P Denny. 

Pada konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Ungu tampil dengan 17 buah lagu popular mereka yang sememangnya menjadi siulan peminat-peminatnya.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan seperti Melayang, Berikan Aku Cinta, Cinta Dalam Hati, Aku Tahu, Saat Bahagia dan Aku Bukan Pilihan Hatimu.

Tidak ketinggalan juga mereka turut mendendangkan lagu-lagu popular iaitu Ku Ingin Selamanya, Sayang, Tercipta Untukku, Bismillah Cinta, Bila Tiba, Andai Ku Tahu, Berjanjilah, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Hampa Hatiku dan Seperti Mati Lampu untuk penutup persembahan.

Secara keseluruhannya, ‘Symphony Of Ungu Live In Kuala Lumpur’ ternyata sebuah konsert yang tidak mengecewakan, malah seleksi lagu-lagu yang dipilih juga telah digabungkan dengan elemen muzik orkestra yang pastinya memberikan keistimewaan tersendiri. – KopiPlanet.com

The post Konsert ‘Symphony Of Ungu Live In Kuala Lumpur’ Sukses, Peminat Terbuai Dengan Nyanyian Diiringi Orkestra appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.