Ads Top

Mahu Dekati Peminat Secara Dekat, Aisha Retno Bakal Anjur Showcase ‘The A.I.S.H.A Experience’

Penyanyi dan pencipta lagu berbakat, Aisha Retno meraikan nyanyian sepenuh jiwa dan penulisan lagunya dengan satu lembaran baharu dalam kembara muziknya.

Susulan kepada pelbagai pencapaian dan penglibatan dalam dunia muzik antaranya, memenangi tempat kedua dan persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu ciptaannya bersama MFMF, “Sutera” tahun lalu serta membuat persembahan di Java Jazz Festival di Indonesia, kini dia teruja untuk mengumumkan pelancaran beberapa lagu baharu serta berhasrat untuk membuat persembahan secara langsung demi mendekati semua peminat.

Menambah keterujaan tersebut, Aisha Retno dengan bangganya mengumumkan sebuah showcase yang penuh bersemangat, “The A.I.S.H.A Experience,” pada Majlis Sidang Media hari ini di Hyatt Centric, City Centre Kuala Lumpur. Showcase berkenaan dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025, jam 8.00 malam di Jio Space, Petaling Jaya.

Aisha pastinya menjanjikan satu malam yang tidak dapat dilupakan kerana dia bakal mempersembahkan karya terbaharu bersama lagu-lagu kegemaran peminat setia dalam suasana showcase yang bertenaga dan penuh dinamik.

Aisha Retno mula dikenali ramai selepas bergelar Juara Rookie dalam pertandingan Vokal Mania terbitan TV3 (2020) dan seterusnya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Big Stage musim keempat terbitan Astro (2022).

Selain daripada lagu-lagu berbahasa Melayu yang diminati ramai, Aisha juga berjaya mencatat rekod penstriman membanggakan dengan jutaan pendengar untuk single Bahasa Inggeris ciptannya berjudul “W.H.U.T” (Wanna Hold U Tight), ia membuktikan Aisha tidak meletakkan batas dalam profil artistiknya.

Sebuah album yang bakal dilancarkan tahun ini menjanjikan penerokaan muzik menarik dengan mengadunkan genre pop, R&B serta elemen baharu muzik goth-rock dan soul bersulam cara penyampian kisah yang unik dan tersendiri

Awal tahun ini, Aisha telah menghiburkan peminatnya dengan lagu “Terbang”, sebuah karya yang menonjolkan elemen bunyian terkini dilengkapi dengan lirik penuh berseni.

Baru-baru ini pula, single pop rock berjudul “Tak Adil” telah membuktikan lagi bahawa Aisha merupakan seorang penyanyi versatil, menandakan satu era dan energi baharu dalam kerjayanya.

Selain itu, Aisha juga kini dalam persediaan untuk muncul dengan sebuah lagi karya hasil kolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia, ia pastinya menjadi pembakar semangat untuk Aisha mengembangkan lagi pengaruh karyanya di rantau Nusantara.

“Beberapa tahun kebelangan ini telah menjadi tempoh untuk saya belajar banyak perkara baharu dan mengembangkan kreativiti saya dalam dunia muzik,” kongsi Aisha Retno yang memberi bayangan tentang karya eklektik lagu-lagu terbaharunya pada sidang media mengumumkan showcase istimewanya tidak lama lagi. “Saya telah mencurahkan sepenuh hati dan jiwa untuk showcase ini.

“Saya percaya ia mencerminkan di mana saya sebagai seorang artis hari ini – lebih berdaya tahan, lebih bereksperimen dan menjiwai karya-karya saya sepenuhnya. Saya akui memang ada beberapa cabaran untuk mengadakan persembahan secara live, namun saya sangat teruja untuk berkongsi buah tangan terbaharu dan beramah mesra dengan lebih dekat bersama semua peminat ketika mengadakan showcase nanti. Tak sabar rasanya untuk semua peminat mendengar perkembangan terbaharu saya.,” katanya.

LOL ASIA, selaku syarikat penganjur yang menerajui dalam industri hiburan memberi sokongan padu terhadap visi artistik Aisha Retno yang segar. 

Rizal Kamal selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LOL Asia berkata, “Memang tidak dinafikan, Aisha Retno merupakan salah satu daripada bintang yang sangat menyerlah di Malaysia. Bakat, kegigihan dan dedikasinya dalam industri muzik ternyata dapat memberi inspirasi kepada ramai orang.

“Kami di LOL Asia sangat bangga untuk menyaksikan perkembangan kerjaya Aisha yang berterusan dan kami komited untuk menyokongnya. Aisha bakal memperkenalkan karya terbaharu, serta menjanjikan pengalaman mengujakan menerusi persembahan live istimewa buat semua peminatnya yang kini semakin ramai.

“Perjalanan Aisha merupakan satu peneraju untuk masa depan industri muzik yang cerah di Malaysia. Kami menggalakkan semua peminat untuk sentiasa mengikuti perkembangan Aisha Retno di pelbagai saluran media sosial dan platform penstriman untuk mengetahui tarikh-tarikh penting pelancaran lagu-lagu terbaharunya serta maklumat mengenaik pelbagai acara bersama peminat terutamanya showcase “The A.I.S.H.A Experience.”

Pelancaran Lagu dan Showcase Aisha Retno, THE A.I.S.H.A Experience dipersembahkan oleh LOL Asia dan disokong oleh rakan penaja lokasi, Hyatt Centric, City Centre Kuala Lumpur.

The A.I.S.H.A Experience pada 20 September 2025 dipersembahkan oleh LOL Asia. Tiket konsert boleh dibeli secara atas talian pada 31 Julai 2025, jam 12 tengah hari di https://ift.tt/OrEsovR. – KopiPlanet.com

The post Mahu Dekati Peminat Secara Dekat, Aisha Retno Bakal Anjur Showcase ‘The A.I.S.H.A Experience’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.