Aliff Syukri Sasar Pecah Rekod MBOR Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas
Usahawan selebriti yang cukup dikenali ramai, Datuk Sri Aliff Syukri menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ”Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung”.
Jualan tersebut telah dijadualkan bakal berlangsung pada 3 Ogos 2025 pada pukul 8:00 malam menerusi platform TikTok @papalarisofficial.
Menerusi temu bual, Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Papa Laris memaklumkan akan memperkenalkan koleksi baharu bag tangan Samma Bag Denim Edition yang dipertaruhkan pada malam tersebut bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia.
Bag Samma Denim Edition akan dijual di platform penstriman langsung TikTok Shop yang bakal dijual dengan harga RM79.90.
Menjanjikan kualiti bag yang menggunakan bahan jeans berkualiti tinggi, pembeli yang bertuah pada malam 3 Ogos 2025 tersebut bakal berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa kereta, percutian di Sugeh Resort milik beliau, emas, barangan perkakasan elektrik dan hadiah free gift misteri yang akan diterima pembeli.

“Papa juga bernazar sekiranya dapat mencipta rekod Malaysia tersebut, papa akan mengagihkan sebahagian hasil jualan tersebut ke rumah anak yatim yang terpilih bagi berkongsi rezeki” ujar beliau.
Tambahnya lagi, idea tercetus bagi mencipta rekod Malaysia ini terhasil berkenaan terlalu banyak persaingan penjual bag diluar sana dan beliau ingin membuktikan bahawa bag keluaran beliau “AS Bag” & “Anthon’s Leather” menjadi pilihan utama rakyat Malaysia dengan kualiti yang premium serta harga yang mampu dimiliki.
Aliff Syukri juga menyeru rakyat Malaysia agar dapat memberi sokongan kepada beliau untuk mencipta rekod Malaysia tersebut sekaligus bakal mencipta nama sebagai pengeluar bag tempatan yang terlaris di Malaysia. – KopiPlanet.com
The post Aliff Syukri Sasar Pecah Rekod MBOR Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: