Ads Top

“Saya Mengaku Saya Memang Salah…” – Marissa Akhirnya Bersuara Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Orang

Setelah kecoh mengenai kontroversi membabitkan hubungan dengan suami orang, Marissa Dania Hakim akhirnya tampil membuat kenyataan.

Ia dibuat oleh anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

“Saya mengaku saya memang salah. Apa yang ditularkan dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku.

“Ada juga yang tidak benar, tetapi saya tidaklah mahu mempertahankan diri saya dengan mengatakan saya tidak bersalah dalam beberapa perkara,” fujarnya,

Sebelum ini, nama anak kedua pelakon berkenaan menjadi sebutan berikutan kontroversi mengganggu rumah tangga seorang wanita dikenali Misya dengan bekas suaminya, Aslam sehingga berlaku perceraian, baru-baru ini.

Jelasnya, adalah tidak adil apabila mendengar cerita satu pihak saja kerana cerita yang dikongsikan bukan 100 peratus tepat, namun dia tidak perlu meyakinkan dan memuaskan hati semua orang.

Pada masa sama, gadis yang baru berusia 18 tahun itu menyatakan apa yang berlaku adalah tanggungjawab dirinya sepenuhnya, selain keluarga sudah memberikan yang terbaik. 

“Mereka sudah mendidik, menegur dan menghalang saya daripada semua ini. Semua yang berlaku adalah pilihan saya sendiri. Biar saya bersihkan nama saya sendiri dan bukan ibu bapa saya.

“Saya tidak perlu menjelaskan atau meminta kelulusan daripada netizen. Netizen hanya akan memburukkan lagi keadaan seperti yang anda lihat sekarang. Saya tidak boleh menutup mulut orang. Jadi, jaga mulut kalau rasa nak berkata-kata. Jangan sampai jatuh fitnah atau menghina orang lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Mengaku Saya Memang Salah…” – Marissa Akhirnya Bersuara Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Orang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.