Ads Top

Jakel Sasar Peningkatan Jualan 30 Peratus Sempena Hari Raya Tahun 2025

Jenama tekstil terkemuka negara, Jakel menyasarkan peningkatan jualan sempena Hari Raya sehingga 30 peratus pada tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, dengan pemilihan duta yang teliti pada tahun ini, beliau yakin akan membantu jualan dengan lebih baik.

“Kami memperuntukkan hampir RM10 juta untuk promosi termasuk mendapatkan barisan artis popular dan pempengaruh yang akan terlibat dengan kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

“Pada tahun ini pilihan baju melayu serta baju raya sekeluarga turut dipelbagaikan dalam memenuhi citarasa pembeli. Dalam pada itu kualiti kekal menjadi keutamaan. Melalui faktor ini saya yakin Jakel akan menjadi pilihan,” katanya pada majlis memperkenalkan 10 duta  kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

Menurut Mohamed Faroz, inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.

“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.

“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya.

Terdahulu antara duta yang akan mewakili Jakel pada tahun ini pelakon Fattah Amin, Anzalna Nasir dan keluarga, pengacara Nabil dan keluarga, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlien, Amira Othman dan kumpulan Senario. – KopiPlanet.com

The post Jakel Sasar Peningkatan Jualan 30 Peratus Sempena Hari Raya Tahun 2025 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.