Ads Top

Apa Istimewanya Hari Arafah?

Sebelum kita menyambut hari Raya Aidiladha, kita akan melalui hari Arafah. Ia adalah hari kedua dalam ibadah Haji dan jemaah akan wukuf di Padang Arafah.

Apabila dilihat dalam sirah, padang Arafah ini ialah tempat di mana Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah yang terakhir kepada umat Islam dan menyempurnakan ajaran Islam yang disampaikan.

Antara amalan yang menjadi amalan besar yang dilakukan ialah berpuasa sunat hari Arafah. Banyak kelebihan yang diceritakan mengenai hebatnya hari Arafah, antaranya;

#1 – Hari Diberi Keampunan

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksud: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hambaNya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2402)

#2 – Hari Yang Paling Baik Untuk Berdoa

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis Riwayat Tirmizi, 3509)

#3 – Hari Raya Untuk Umat Islam

Maksud: “Hari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 20660)

#4 – Hari Rukun Haji

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksud: “Haji adalah Arafah.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 814)

Kesimpulan

Disebabkan itu kita digalakkan untuk meningkatkan amal pada hari tersebut, sama ada dengan berpuasa atau ibadah-ibadah lain kerana kelebihannya yang banyak dan besar ganjarannya di sisi Allah.




No comments:

Powered by Blogger.