Ads Top

Gigi Hadid Buktikan Zayn Malik Adalah Ayah Kepada Bayinya

Sewaktu mengumumkan kehamilannya, model terkenal Gigi Hadid langsung tidak menyebut langsung ayah kepada anak yang berada dalam kandungannya, biarpun ramai yang menyangka individu berkenaan adalah Zayn Malik.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa spekulasi yang timbul, antaranya dakwaan yang mengatakan bayi yang sedang dikandungnya Gigi itu adalah hasil hubungan bersama bekas kekasihnya, Tyler Cameron.

Hanya setelah beberapa bulan mengumumkan kehamilannya, barulah model itu mendedahkan bahawa ayah bayi adalah Zayn Malik.

Perkara tersebut dibuktikan oleh Gigi menerusi Instagram miliknya dengan memuatnaik sekeping gambar bersama Zayn dengan menulis caption ‘Baby Daddy’.

Menariknya, ia merupakan gambar berdua yang pertama kali dimuatnaik Gigi di Instagram. Sebelum ini, dia lebih banyak memuatnaik gambar Zayn bersama ahli keluarga lain.

Ternyata apa yang dilakukan Gigi itu terus menutup spekulasi mengenai siapakah ayah kepada kandungannya, meskipun dengan bukti yang cukup ringkas. – KopiPlanet.com

The post Gigi Hadid Buktikan Zayn Malik Adalah Ayah Kepada Bayinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.