Ads Top

BubbleBee Senawang Francais Pertama Dibuka Di Luar Lembah Klang

Setelah tujuh buah dibuka, BubbleBee Senawang, Negeri Sembilan menjadi francais pertama yang telah dibuka diluar Lembah Klang.

Shuib selaku pemilik francais berkata, dia sememangnya bersyukur dengan sambutan yang diterima terhadap produk minuman dan manisannya itu.

“Ternyata sambutan sangat menggalakkan dan selepas ini ikut perancangan BubbleBee akan dibuka di beberapa buah negeri lagi seperti di Perak, Pulau Pinang dan Johor.

“Saya harap semua perancangan akan dipermudahkan kerana selain pertambahan kedai, ia juga sebenarnya membuka lebih ramai peluang pekerjaan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain Senawang, BubbleBee kini sudah dibuka di Shah Alam, Pasaraya Mydin Subang Jaya, Setapak, The Strand Mall Damansara, Sentul, Bangi dan Ampang.

Menurut Shuib, pada tahun ini dia meletakkan sasaran yang agak tinggi dengan pembukaan sebanyak 100 buat kedai BubbleBee di seluruh Malaysia.

“Memang ini merupakan satu tugas yang sangat mencabar, namun bagi saya tiada apa yang mustahil setelah melihat sambutan sepanjang BubbleBee dibuka.

“Selain itu, ada juga beberapa rakan artis yang berminat untuk membuka francais BubbleBee ini seperti Nabil Ahmad, Shaheizy Sam, Achey, Kumpulan Zero dan Mark Adam,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post BubbleBee Senawang Francais Pertama Dibuka Di Luar Lembah Klang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.