Ads Top

Muat Naik Video Iklan Tampil Gadis Seksi, Emma Maembong Tutup Ruangan Komen

Sekarang ini penggunaan media sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube sudah menjadi platform untuk menambah pendapat dengan mengiklan atau membuat review sesuatu produk.

Selalunya ia selalu dilakukan oleh golongan yang dikenali sebagai Instafamous atau artis dan selebriti yang mempunyai jumlah followers yang tinggi.

Menerusi tinjauan KopiPlanet.com, pelakon popular Emma Maembong telah memuat naik sebuah video di Instagramnya yang memaparkan iklan sebuah produk.

Bagaimanapun, ia menjadi perhatian apabila video berkenaan menampilkan dua gadis yang menari dengan gaya dan pakaian yang cukup seksi.

> Baca: Lepas Budak Flat & Bangun, Aman RA Bangkit Dengan Semangat Impian

Menerusi tinjuan yang dibuat juga, video yang dimuat naik itu merupakan sebuah produk yang digunakan untuk membesarkan payudara dan punggung.

Mungkin menyedari video berkenaan akan menjadi kecaman netizen, pelakon itu telah mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan sudah ditonton sebanyak 230,000 kali hanya dalam tempoh selama tiga jam sahaja. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Emma Maembong

 

The post Muat Naik Video Iklan Tampil Gadis Seksi, Emma Maembong Tutup Ruangan Komen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.