Pengalaman Seram Di Lebuhraya LPT2 Dan Ini Gambar Yang Sempat Dirakam
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.
MANA yang pernah kena saja tahu. Macam aku selalu balik kampung, Bangi – Terengganu ini selalu saja kena LPT dan LPT2. Yang penting kena selalu dalam keadaan sedia. Aku kongsi pengalaman aku kena kacau di LPT. Ok let me start. Sebenarnya ada dua cerita. Pertama, dia tumpang dan satu lagi kisah aku hampir disodok lori.
Ok, aku start dengan yang menumpang itu eh. Ini aku kena masa LPT2 baru saja dibuka. Masa itu cuti apa entah, aku tak ingat. So nak balik kampung la. Aku dah gerak awal, so kiranya dah tahu sampai Terengganu jam berapa. Tapi niat tidak kesampaian bila aku sangkut jem teruk di MRR2.
Aku sangkut di MRR2 sampai petang. Nak tak nak kenalah balik juga. Jadi, disinilah bermulanya pengalaman pertama aku, tapi tak seram sangat sebab aku dah banyak kali kena kacau dengan benda-benda seperti itu. Cumanya aku tak pernah nampak pun. Sebab itu aku berani buat kerja-kerja paranormal dengan member aku (dah lama tak buat sebab semua dah kerja dan berpindah ke tempat lain)
Masa aku drive di LPT tu, aku tengok jam dah lewat dah, kiranya masuk LPT2 dah malam. So aku redah juga. Drive punya drive, hari pun dah gelap, aku pun kuatkan sikit lagu. Kalau korang nak tahu, LPT2 masa ini gelap, kereta pun jaranglah ada yang lalu pada masa ini.
Sampai di kawasan Perasing, aku teringat yang diorang kata kawasan ini banyak kena kacau. Kalau boleh, elakkan masuk RNR Perasing ya kawan-kawan, kalau tak ada orang. Adalah sebabnya tu. Selepas RNR Perasing, aku jumpa sebuah kereta ini.
Legalah sedikit. Jadi, aku potong dia sebabnya aku memang kaki tekan. Hahaha! Tetapi selepas potong kenderaan itu, memang tak lega. Aku potong kereta itu, selepas itu dia follow saja dari belakang aku sambil beri highbeam banyak kali.
Aku ingatkan jalan beralun, tengok jalan ok saja. Aku dah rasa tak sedap hati, so aku pecut dan tinggalkan kereta itu sebab nak sedapkan hati aku. Selepas itu, kereta dari seberang pula main lampu juga. Aku pun apa lagi, dalam hati hanya tuhan saja yang tahu cuaknya macam mana. Aku kuatkan lagi radio sebab aku tak nak dengar apa-apa.
Aku jumpa sebuah lagi kereta di depan dan aku potong. Dia bagi highbeam. Masa itu, aku dah terhidu satu bau busuk seperti najis. Aku ingatkan bau sawit tetapi LPT2 tak ada kawasan kelapa sawit ya guys! So aku tutup aircond, buka tingkap nak sedapkan hati lagi. Aku harapkan bau busuk itu dari luar, bukannya dari dalam kereta.
Ya! Apa yang aku harapkan bau dari luar itu memang betul. Masa aku buka tingkap itu, kau boleh bayangkan tak, tengah-tengah gelap drive seorang kau buka tingkap, kau dengar bunyi kain di atas kereta kau? Kau rasa apa benda yang diorang lain bagi high beam sebab apa?
Masa itu aku tak naikkan tingkap, apa nak jadi, jadilah. Aku tekan lagi dengan harapan hantu itu terjatuh dari kereta aku. Hahahahaha! Tak adalah aku tekan lagi laju sebab nak cari kereta lain! Last-last aku jumpa sebuah lori ini. Aku follow belakang lori ini sampai ke Tol Paka. Benda itu hilang , aku pun tak perasan sebab takut sangat. Aku fokus saja pada lampu lori itu, tak potong langsung. Tamat cerita pertama.
TIBA-TIBA RASA MENGANTUK..
Cerita yang kedua ini macam pelik sikit sebab aku pun pelik, macam mana benda ini boleh berlaku. Okay start! Seperti biasa, benda ini lagi senang buat kerja malam. Aku dari Bangi juga time tu nak balik Terengganu sampai LPT2 itu pun dah malam. Disebabkan aku dah biasa dengan benda ini, so aku buat tak tahu sajalah tetapi rasa takut itu tetap ada juga. Cumanya takut kita itu jangan tunjuk, lagi benda itu suka kalau kita takut.
Tetapi kejadian yang menimpa aku ini memang di luar jangkaan. Masa aku lalu LPT2 itu, aku tak ingat kawasan mana. Aku drive seperti biasa, tiba-tiba rasa mengantuk sangat. Aku tiba-tiba terlelap. So dari top speed itu, aku perlahankan sikit kereta. Aku dah mula rasa pelik kenapa rasa mengantuk sangat secara tiba-tiba.
Tak tahu berapa saat aku terlelap. Bila aku buka mata saja, ada sebuah lori betul-betul di depan aku. Aku terus buat brek kecemasan masa itu, nasib baik tak terbabas. Masa itu aku fikir aku dah tak ada dah kat dunia ni, memang tak boleh nak buat apa sebab lori itu betul-betul di depan kereta lagi beberapa inci.
Aku buat brek kecemasan di tengah jalan sampai kereta aku berhenti. Aku celik saja, ttak ada apa pun di depan aku. Aku pelik, mana lori tadi itu menghilang? Terus aku baca apa yang aku ingat dalam kepala pada masa itu. Aku rasa itu salah satu punca benda yang tak diingini berlaku di LPT2.
RAKAN DEMAM SELEPAS TERKENA..
Ini member aku pun kena benda yang sama. Lori juga tetapi ada tiga buah lori pada masa itu. Dia balik satu keluarga, isteri dan anak kecilnya dua orang. Dia kena balik malam sebab ada ahli keluarganya yang sakit teruk. Dah tengah sakit teruk, siapa yang tak sedih kan?
Member aku masa itu nak balik ke Terengganu juga. Masuk saja LPT2, member aku tiba-tiba mengantuk sangat. Selepas itu dia nampak ada tiga lori di lorong kiri. Jadi dia pun kejarlah lori itu nak bagi hilang rasa mengantuk. Isteri dia perasan suami dia tiba-tiba mengantuk. terus isteri dia ambil yasin dan baca terus dalam kereta. Ambil kain, baju apa semua tutup cermin belakang tak nak bagi anak dia nampak apa-apa.
Member aku itu tekan minyak nak kejar lori itu. Tetapi lori itu semakin jauh. Kau fikirlah, mana ada lori bawa laju macam tu. Dia dah pelik dah, selepas itu dia teringatlah kitorang pernah pesan LPT2 ini kalau tak biasa lalu, kena berhati-hati sikit. Dia perlahankan kereta sambil diurut oleh isterinya agar dia tidak mengantuk.
Selepas itu dia nekad untuk keluar saja di mana-mana Exit. Masa dia sampai tol tu, nak bayar elok je hilang rasa mengantuk terus. Dia berasa pelik sampai ke sudah. Keesokan harinya dia terus demam sebab dia lemah semangat sikit.
TERSULUH BENDA PUTIH..
Pengalaman ketiga, tetapi kali ini ok sikit sebab aku dengan member aku, bukan seorang diri. Yang dua pengalaman di atas, aku seorang saja kena. Ceritanya, dalam perjalanan dari Kemaman nak balik ke Paka, aku nak lalu LPT2 dengan cepat. Masa itu member ajak tengok Muay Thai, kita layankan saja. Perjalanan ke Paka ini dalam 30 minit. Jadi, kitorang enjoylah pasang lagu kuat-kuat, karaoke dalam kereta tak ingat dunia.
Aku rasa ini salah satu sebab kot. Nak-nak pula pasang lagu Justin Bieber, “Baby baby baby ohhh”.. Dah keluar exit Paka, kitorang teruskan menyanyi dan memang tak nak stop sampai hampir hilang suara. Yang terakhir sekali itu, aku seorang saja nyanyi sebab yang lain dah penat.
Tiba-tiba, masa ada satu selekoh ini tempat biasa benda yg tak diigini berlaku, aku berhenti bernyanyi. Memang senyap saja waktu itu, yelah tengah-tengah nyanyi boleh berhenti macam tu saja. Aku pun cakaplah, tak ada apa-apa.
“Kau nampak benda itu eh?” soal member. Memang taklah aku nak jawab kat situ kan. Aku jawab, “Nanti aku cerita”. Dah sampai Paka, aku pun lupa nak cerita sebenarnya. Dah bali kerumah tu, baru member aku call dan tanya apa yang aku nampak sebenarnya.
Aku ceritalah masa tengah sedap tarik lagu tu, di selekoh itu ada lampu kereta tiba-tiba tersuluh pada satu ‘benda’ ini. Meremang dah bulu romah aku. Aku tak pasti apa benda itu sebenarnya. Yang pasti benda itu putih, berdiri di tengah jalan di simpang kecil itu. Memang terdiamlah aku masa itu, takkan nak menjerit, “Kak Limah buat apa kat tengah jalan tu?!”
Aku lalu juga kawasan itu di siang hari untuk mendapatkan kepastian sama ada benda putih itu papan tanda atau betul-betul benda itu. Guess what, tak ada papan tanda pun di situ, jadi betullah apa yang aku nampak. Kalau lalu di LPT2, jangan pandu dengan laju. Angin lintang sangat kuat. Kalau kereta standard, kekalkan pemanduan pada kelajuan bawah 110km/j. Kalau dah tukar, guna adjustable and lowered habis, ayuhlah V-Tec on. Hahaha.
Berdasarkan kajian gambar di atas itu, jangan percaya sangat. Mungkin sebaran dari mana-mana entah. Untuk mengelakkan kekeliruan di sini, aku hanya berkongsi pengalaman aku sahaja. Itu gambar sekadar hiasan dan aku hanya beri peringatan agar berhati-hati apabila menggunakan LPT2.
Sumber: @TgAmirul_ via The Reporter
Kredit:Empire Media Network
No comments: