Ads Top

Majlis Aqiqah, Maulid & Tahnik Muhammad Afwa Dihadiri Ilmuan Agama Terkenal Tanah Air

Semalam telah berlangsungnya majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa.

Lebih istimewa lagi, majlis tersebut turut dihadiri beberapa ilmuan agama terkenal tanah air seperti Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Daniyal.

“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.

“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia,” tulis beliau di Instagram miliknya.

Selain itu, Siti Nurhaliza juga turut memuat naik video sekitar majlis yang berlangsung semalam di YouTube Siti Nurhaliza pada pukul 11 pagi tadi.

Penyanyi berkenaan telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa pada 19 April lalu. – KopiPlanet.com

The post Majlis Aqiqah, Maulid & Tahnik Muhammad Afwa Dihadiri Ilmuan Agama Terkenal Tanah Air appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.