Ads Top

Artis Rocketfuel Meriahkan Sambutan Lebaran Menerusi Lagu Aidilfitri Lembaran Baru

Sudah menjadi kebiasaan apabila saban tahun pasti ada lagu-lagu berkaitan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diterbitkan bagi memeriahkan lagu suasana.

Tidak ketinggalan juga buat syarikat Rocketfuel Records yang menerbitkan lagu raya iaitu Aidilfitri Lembaran Baru yang mengambungkan artis naungan mereka seperti Masya Masyitah, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Usop dan Ruffedge.

Pasangan suami isteri selebriti popular, Syamel dan Ernie berkata, lagu berkenaan mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam keadaan norma baharu.

“Namun begitu, ia masih mengekalkan mood keceriaan dengan semangat Beraya yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dan juga sebagai iktibar tatkala dunia diduga dengan pandemik Covid-19.

“Maka, jadikanlah ia sebagai pemangkin semangat untuk mengharunginya dengan membuka lembaran baru dalam kehidupan,” ujar mereka.

Azan daripada kumpulan Ruffedge mengulas, “Alhamdulillah kerana pengalaman dulu banyak mengajar kita bagaimana beraya dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bersyukur lah kerana masih diberikan kesihatan dan mampu beribadah dengan sempurna di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

“Tak banyak persiapan yang dilakukan kami sekumpulan, cuma mengambil kira hal anak-anak yang masih ingin menyambut Aidilfitri dengan meriah, raya kali ini lebih kepada media sosial berbanding bersosial dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Memandangka Aidilfitri pada kali ini juga bakal disambut tanpa kebenaran merentas negeri sekali lagi, seorang lagi penyanyi iaitu Masya Masyitah turut meluahkan kesedihannya.

“Saya sedih sebenarnya tak dapat pulang ke kampung Beraya bersama keluarga, namun begitu hidup perlu diteruskan.

“Saya akan hiaskan rumah dengan lampu-lampu Raya yang merupakan tradisi kami sekeluarga bagi mendapatkan feel Raya tersebut, di samping membeli kuih-kuih Raya yang bakal dihidangkan pada Aidilfitri nanti,” luahnya.

Sementara itu, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, Feros Sayna berkata, dalam keadaan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19, orang ramai jangan terus bersedih  apabila terpaksa menyambut Hari Raya dengan penuh kesuraman sekali lagi.

“Saya menaruh kepercayaan yang tinggi dengan komposer hebat S. Atan dan Siso Kopratasa untuk menaikkan kembali semangat masyarakat menerusi lagu Aidilfitri Lembaran Baru ini,” ujarnya.

Lagu Aidilfitri Lembaran Baru ini boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Ia juga boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. – KopiPlanet.com

The post Artis Rocketfuel Meriahkan Sambutan Lebaran Menerusi Lagu Aidilfitri Lembaran Baru appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.