Ads Top

Diana Danielle Kecam Guru Buat Gurauan Mengenai Galak Perbuatan Rogol

Baru-baru ini seorang guru lelaki telah dikecam hebat gara-gara membuat gurauan dengan pelajar mengenai menggalakkan perbuatan rogol.

Isu berkenaan juga mendapat perhatian pelakon popular, Diana Danielle yang turut mengecam tindakan guru berkenaan yang mengajar subjek pendidikan jasmani.

“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas… merepek and being sexually inappropriate is different tau.

“Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if theyre children, the jokes you tell your collegues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah,” tulisnya menerusi satu status di Instagram.

Selain itu, Diana turut memuat naik gambar yang menunjukkan rang undang-undang berkenaan kesalahan dan hukuman berkaitan berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak.

Pada masa sama, pelakon berkenaan juga menyatakan bahawa pendidik adalah contoh di dalam sekolah.

“Don’t normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik canteen ke?” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Diana Danielle Kecam Guru Buat Gurauan Mengenai Galak Perbuatan Rogol appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.