Ads Top

Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane Disahkan Meninggal Dunia

Pelakon yang popular menerusi watak Hagrid dalam siri filem Harry Potter, Robbie Coltrane telah disahkan meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ejennya, Belinda Wright mengesahkan pelakon itu meninggal dunia di sebuah hospital di Falkirk, Scotland.

“Secara secara peribadi, saya menganggap dia sebagai seorang pelakon yang sangat setia. 

“Selama 40 tahun bekerjasama dengannya, dia seorang pelakon yang sangat bijak dan pastinya saya akan merinduinya,” jelasnya.

Sementara itu, pemegang watak utama Harry Potter, Daniel Radcliffe mengakui Robbie merupakan seorang individu yang paling kelakar pernah ditemuinya.

“Saya teringat kenangan sewaktu menjalani penggambaran untuk siri Prisoner Of Azkaban pada tahun 2004. Ketika itu hujan lebat dan kami terpaksa berteduh di pondok Higrid.

“Dia banyak bercerita dan bergurau dengan saya dan pelakon-pelakon lain semata-mata mahu memberi semangat kepada kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.