Ads Top

Lesti Kejora Maafkan Rizky, Sudah Tarik Balik Laporan Polis Kes Keganasan Dilakukan Suaminya

Setelah dipukul dan dibaling dengan bola snuker, akhirnya penyanyi Lesti Kejora telah menarik semula laporan polis terhadap Rizky Billar serta memaafkan suaminya itu.

Menerusi laporan detik.com, Lesti membuat kenyataan tersebut ketika ditemui Balai Polis Metro, Jakarta Selatan hari ini.

“Memaafkan. Beliau sangat berjanji tidak akan pernah mengulangi lagi,” ujarnya.

Menurut Lesti, selain sudah memaafkan suaminya itu, ia juga merangkumi sebuah perjanjian yang dipersetujui oleh pasangan berkenaan.

“Menerusi perjanjian yang dibuat, beliau (suami) sudah meminta maaf kepada ibu bapa saya dan mereka telah memaafkannya.

Sebelum ini, Rizky berhadapan dengan kes dera terhadap isterinya termasuk memukul dan mencekik isterinya, malah baru-baru viral video yang menunjukkan Rizky membaling bola snuker ke arahnya. – KopiPlanet.com

The post Lesti Kejora Maafkan Rizky, Sudah Tarik Balik Laporan Polis Kes Keganasan Dilakukan Suaminya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.