Ads Top

Dikritik Netizen Muat Naik Video Nampak Bahagian Leher & Hujung Telinga, Wawa Zainal Akui Tidak Sengaja & Terkhilaf

Pelakon popular, Wawa Zainal mengakui dia secara tidak sengaja memuat naik satu klip video yang menampakkan bahagian leher dan hujung telinganya di Instagram baru-baru ini.

Wawa berkata, sehingga kini penampilannya masih lagi sama seperti sebelum ini dan kekal menutup aurat, sekaligus menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia kini sudah berubah.

“InsyaAllah…. saya sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa. Ayat mereka (netizen) makin kaya makin singkat. Apa? Tak adalah. Semua orang Islam nak perbaiki diri.

“Tidak dinafikan memang video tersebut merupakan idea daripada saya dan suami, malah yang terlibat dalam produksi itu ialah pekerja kami,” katanya.

Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang baru-baru ini.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu mengakui terkhilaf sewaktu merakamkan video bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa sehingga mendedahkan auratnya.

Sebelum ini, segelintir netizen meluahkan rasa terkilan dengan penampilan gaya tudung Wawa yang dilihat seakan tidak sesuai dengan dirinya sebagai wanita berhijab.

Sehinggakan ada juga sesetengah pengguna laman sosial menegur dan menitipkan pesanan agar Wawa menitikan beratkan penjagaan aurat mengikut hukum Islam yang betul.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai produk terbaharunya, Fruit Candy Lip Tint, Wawa meluahkan rasa syukur kerana ia mendapat sambutan hangat.

“Boleh dikatakan produk terbaru kami ini laris sehinggakan ia sudah terjual sebanyak 65,000 unit sehari sebelum dilancarkan secara rasmi,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dikritik Netizen Muat Naik Video Nampak Bahagian Leher & Hujung Telinga, Wawa Zainal Akui Tidak Sengaja & Terkhilaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.