Ads Top

Disyaki Ada Tibi, Mafarikha Maklumkan Tulang Rusuk Kanannya Terpaksa Ditebuk

Setelah disahkan menghidap Covid-19 tahap lima baru-baru ini, penyanyi Mafarikha Akhir memaklumkan bahawa tulang rusuk kanannya terpaksa ditebuk.

Dalam satu perkongsian di Insta Story, Mafarikha berkata, dia disarankan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan kerana paru-paru kanannya tidak stabil dan bagi mengenal pasti jenis cecair yang terperangkap.

“Disebabkan kandungan cecair dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak.

“Pihak hospital sarankan untuk tebuk tulang rusuk kanan untuk periksa sama ada cecair yang tersekat itu jenis lendir, darah atau pun air,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu menyatakan prosedur itu dibuat bukanlah disebabkan masalah Covid-19 yang dialaminya, tetapi disyaki akibat tuberkulosis atau tibi.

Jelasnya lagi, dia juga akan menjalani prosedur berkenaan pada petang ini (Khamis) dan dilakukan dalam keadaan separuh sedar.

“Punca rasanya bukan kerana Covid-19 tetapi mungkin tibi. Insya Allah prosedur akan dilakukan petang ini dalam keadaan separuh sedar.

“Doktor akan bius dan guna alatan baru. Boleh ada kemungkinan untuk terkena paru-paru tapi harapnya tidak, kita nak tengok cecair jenis apa dan membuangnya,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Disyaki Ada Tibi, Mafarikha Maklumkan Tulang Rusuk Kanannya Terpaksa Ditebuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.