Ads Top

Joshua Benedict Dinobat Juara Mr World Malaysia 2022, Bakal Wakili Negara Di Mr World World 2022/23 Di United Kingdom

Pertandingan akhir Mr World Malaysia 2022 anjuran Universal Music Malaysia telah menobatkan peserta Joshua Benedict sebagai juara.

Berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur, Joshua yang juga seorang usahawan dan kaunselor itu berjaya menewaskan 22 finalis bersaing antara satu sama lain untuk merebut gelaran berprestij.

Dengan kemenangan tersebut, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 dan akan mewakili negara di Mr World 2022/23 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Sementara itu, peserta Chow Di Sheng pula muncul sebagai naib johan, manakala Jayson Phuah pula sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga.

Dengan tema ‘Lelaki Berdimensi’, Mr World Malaysia 2022 bermula pada Mei awal tahun ini dengan sesi uji bakat dan menyaksikan lebih 100 calon mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada pertandingan lelaki paling berprestij di mana ia dianjurkan oleh Miss World Organization di United Kingdom.

Sebagai permulaan kepada pemilihan pemenang, 23 peserta melalui beberapa pusingan aktiviti sebelum sesi penyingkiran yang merangkumi penilaian dalaman dan persembahan atas pentas termasuk pameran pakaian kebangsaan, persembahan pakaian santai dan persembahan pakaian makan malam.

Jawatankuasa penghakiman terdiri daripada Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Malaysia, Diana Danielle (Selebriti), Samuel Seow (Beam Artiste), Muzaamin (Editor GLAM Lelaki) dan Dewi Liana Seriestha (Miss World Malaysia 2014) menghakimi 23 finalis kepada 10 finalis teratas termasuk pemenang Mr Popular yang diundi oleh orang ramai.

Kemudian 10 finalis ini kemudiannya memberi ucapan selama 1 minit untuk membuat kesimpulan mengenai advokasi mereka sebelum mengumumkan finalis kepada 5 terbaik. 5 finalis akhir seterusnya melalui pusingan soal jawab dengan hakim di mana soalan adalah berkaitan isu semasa untuk menentukan pemenang keseluruhan. – KopiPlanet.com

*Senarai Pemenang Mr World Malaysia 2022

Johan – Joshua
Naib Johan – Di Sheng
Ketiga – Jayson
Keempat – Arvind
Kelima – Zaim
Mr Star Fitness – Edison
Mr XChef – Shafiy
Mr Stylo – Issac
Mr Popular – Darren
Mr Energetic – Ivan
Best National Costume – Edison
Mr Mighty Star – Edison
Face of YU Clinic – Ivan
Mr Publicity – Effendi
Mr Congeniality – Jayson

The post Joshua Benedict Dinobat Juara Mr World Malaysia 2022, Bakal Wakili Negara Di Mr World World 2022/23 Di United Kingdom appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.