Ads Top

Awesome TV Anggap Kenyataan A. Aida Merosakkan Industri Seni Negara

Stesen penyiaran TV swasta percuma, Awesome TV sekali lagi menegaskan bahawa bakat merupakan kriteria utama dan cukup penting dalam menentukan pembabitan mana-mana selebriti yang menjayakan sesebuah nashkah terbitannya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini dengan menegaskan kenyataan berkenaan boleh merosakkan industri seni negara.

“Sejujurnya kami tidak bersetuju apabila A.Aida mengatakan bahawa bakat tidak penting tetapi wajah yang cantik dan tampan adalah lebih utama dalam menentukan kejayaan sesebuah karya. 

“Saya pasti ramai penggiat seni di luar sana bersetuju apabila kami menegaskan bahawa kenyataan seumpama ini tidak bijak dan merosakkan industri seni negara terutamanya dari seorang ahli Lembaga Pengarah FINAS,” tegas beliau.

Beliau berkata, faktor-faktor lain seperti berperwatakan menarik, berwajah cantik, tampan dan seumpamanya hadir sebagai aspek bonus kepada bakat yang ada pada mereka.

“Sejak hari pertama kami bersiaran pada Ogos 2020, kami tidak mengamalkan diskriminasi dalam menentukan pembabitan mana-mana anak seni dalam program terbitan kami. 

“Bakat sentiasa dijadikan faktor nombor satu yang kami tekankan dan kami juga sentiasa menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan pelakon tanah air seawal sesi pemilihan pelakon. 

“Kami juga memberi peluang sama rata kepada semua penggiat seni yang memainkan peranan di depan dan di belakang lensa kamera, merentasi setiap peringkat umur. Berbanding dengan memiliki wajah yang cantik dan tampan sahaja, kami lebih memberi fokus kepada bakat serta kualiti kandungan sesebuah program,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyatakan pihak FINAS perlu mengambil tindakan tegas terhadap A. Aida dan menganggap penerbit itu tidak layak berada di dalam FINAS, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebesar ahli Lembaga Pengarah. – KopiPlanet.com

The post Awesome TV Anggap Kenyataan A. Aida Merosakkan Industri Seni Negara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.