Ads Top

Alif Satar And The Locos Tampil Single Baharu Lagu Raya, Ubati Kerinduan Warga Kota Tidak Dapat Pulang Ke Kampung

Setelah dua tahun berturut-turut menghasilkan cover lagu untuk bulan Ramadan bersama-sama kumpulan Raihan, Alif Satar dan ahli kumpulan muziknya, The Locos kini tampil dengan sebuah single baharu berjudul Lagu Raya.

Bagaimanapun, ia menolak dakwaan berhubung lagu ini yang dikatakan mengajak orang ramai pulang ke kampung,

Alif berkata, mesej lagu berkenaan adalah untuk menghiburkan hati semua warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya.

“Dalam keadaan sekarang ini, kami sedar orang ramai tidak boleh balik kampung dan berjumpa orang tua untuk menyambut Aidilfitri. Jadi, lagu ini lebih kepada mengubat kerinduan warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung ketika Aidilfitri.

“Menerusi lirik lagu ini juga saya luahkan kerinduan untuk pulang ke kampung. Jika didengari keseluruhan lagu ini, liriknya tidak meleret-leret dan pendengar mudah menerima mesej disampaikan,” ujarnya.

Alif berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Balik Raya yang berlangsung pada minggu lalu.

Dalam pada itu, Alif memberitahu buat pertama kalinya juga Petron dan Alif Satar And The Locos bekerjasama dalam kempen sempena Hari Raya dan mereka memilih Petron kerana lirik dan lagu bertepatan dengan ‘Tagline’ Petron ‘FuelHappy with Petron’.

Ujarnya, muzik Video Lagu Raya ini ditaja sepenuhnya oleh Petron Malaysia dan dihasilkan selama satu hari penggambaran di Stesen Petron Aman Putri Sg Buloh.

Jalan cerita MV ini mengisahkan Alif ingin pulang ke kampung bersama-sama ahli kumpulannya dan singgah di Stesen Minyak Petron untuk mengisi minyak. 

“Sudah tentu saya juga berharap agar lagu ini dapat menjadi klasik, evergreen dan sentiasa di nanti-nantikan setiap kali Hari Raya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Alif Satar And The Locos Tampil Single Baharu Lagu Raya, Ubati Kerinduan Warga Kota Tidak Dapat Pulang Ke Kampung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.