Ads Top

Zarina Zainuddin Dedah Anaknya, Azal Nyatakan Keinginan Untuk Berumah Tangga

Antara impian seorang ibu pastinya ingin melihat anaknya menjalani kehidupan berumah tangga dan bahagia bersama pasangan.

Begitu juga impian buat pelakon Zarina Zainuddin yang mahu melihat salah seorang anaknya yang menghidap autisme, Azal Azrai mendirikan rumah tangga.

“Saya ada bertanya pada doktor dan saya diberitahu Azal ni dalam kategori yang boleh diselamatkan lagi dan boleh berkahwin. Dia daÅ‚am kategori mild autisme dah masih boleh bekerja berbanding kembarnya iaitu Azil.

“Memang Azal ada nyatakan keinginan untuk berkahwin. Sebelum ini, ada seorang gadis Indonesia yang memang cantik untuk dijodohkan dengannya. Cuma Azal tak nak sebab perempuan tu pakai tudung,” ujarnya.

Zarina berkata, dia sendiri tidak kisah untuk melihat Azal yang kini berusia 25 tahun mendirikan rumah tangga kerana mahu melihat anaknya itu hidup bahagia bersama pasangan.

Ujarnya, dia juga sanggup berkorban jika ada gadis yang mahu berkahwin dan menjaga Azal dengan baik.

“Lagipun saya dah buat persediaan untuk Azal. Misalnya, Azal ada gaji sendiri apabila dia menjadi PA saya dan ada buat potongan EPF. Bagi saya tak ada masalah kalau Azal nak berkahwin sebab dia dah ada pendapatan sendiri.

“Apapun sebagai seorang ibu pastinya saya ingin yang terbaik untuk Azal dan mahu melihat dia melalui kehidupan yang bahagia, biarpun dalam keadaan dia yang sebegini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Zarina Zainuddin Dedah Anaknya, Azal Nyatakan Keinginan Untuk Berumah Tangga appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.