Ads Top

Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa menyatakan dirinya sudah dimaklumkan mengenai kompaun yang telah dikenakan terhadap dirinya, suami dah ahli keluarga.

Menerusi satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, Neelofa akan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” ujarnya.

Hari ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Neelofa dan suami serta ahli keluarganya telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000.

Ia berikutan kesalahan kerana melanggar SOP semasa majlis perkahwinan bulan lalu serta kebenaran merentas negeri yang gagal dipatuhi.

Pada masa sama, Neelofa juga turut meminta maaf serta berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.

“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Neelofa Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.