Ads Top

Viral Lelaki Cium Pakaian Dalam Wanita Sambil Onani, Polis Sahkan Lelaki Berusia 62 Tahun Ditahan Untuk Siasatan Lanjut

Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki berusia 62 tahun setelah didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan mencium pakaian dalam wanita.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Pada 14 Mac 2022, pihak polis telah menerima satu aduan berkenaan seorang lelaki telah mengambil pakaian dalam yang telah dijemur berhampiran sebuah sebuah flat di Sri Sentosa Jalan Klang Lama dan melakukan onani.

“Hasil risikan sepasukan polis dari cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields telah menahan seorang lelaki Cina berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan lanjut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Baru-baru ini, telah viral satu video di internet yang menunjukkan perbuatan seorang lelaki yang mencium pakaian dalam wanita serta melakukan onani yang sempat dirakam.

Beliau berkata, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 509 KK dan Seksyen 14 AKK 1955 telah dibuka dan permohonan reman akan dibuat pada 15 Mac 2022.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar orang ramai dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang. – KopiPlanet.com

The post Viral Lelaki Cium Pakaian Dalam Wanita Sambil Onani, Polis Sahkan Lelaki Berusia 62 Tahun Ditahan Untuk Siasatan Lanjut appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.