Ads Top

(Video) Tular Rakaman Aksi Ular vs Lipan, Agak-Agak Mana Yang Menang?

Semua sudah sedia maklum, ular dan lipan kedua-duanya adalah binatang berbisa dan amat berbahaya.

Kalau binatang bisa ini masuk ke rumah kita, sudah tentu langkah pertama yang kena buat adalah selamatkan diri semampu boleh.

Jika mampu untuk melawan dan bunuh binatang tersebut, ia dibolehkan dengan syarat perlu ada kemahiran dan teknik yang betul supaya tidak memakan diri.

Namun, walaupun ular dan lipan masing-masing adalah pemangsa kepada jenis mangsa yang berbeza, mereka juga boleh bertarung sesama sendiri jika sampai waktunya.

Berikut adalah rakaman video pertarungan ular dan lipan yang dikongsikan menerusi halaman Facebook Friends of Bomba Malaysia baru-baru ini.

Ular vs Lipan😱 agak2 siapa yang menang??

Ular vs Lipan😱 agak2 siapa yang menang??

Posted by Friends of Bomba Malaysia on Saturday, August 1, 2020

Fakta lipan & ular

Merujuk jurnal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), terdapat pelbagai spesis lipan yang ada di negara ini, namun jenis lipan yang paling berbisa adalah lipan bara.

Lipan bara atau nama saintifiknya Scolopendra merupakan jenis lipan terbesar dan sangat berbisa, ia boleh membesar sehingga saiznya menjangkau kira-kira 25 sentimeter.

Nama ‘bara’ yang digelarkannya merujuk kepada warna badan yang merah-merah menyala kehitaman bagaikan bara api yang panas.

Gambar: Google

Di bahagian bawah kepalanya terdapat sepasang kuku yang berfungsi untuk mengigit dan mengeluarkan racun.

Kuku tersebut berasal daripada sepasang kaki hadapan yang terubah suai melalui proses evolusi lalu menjadi kuku.

Bagaimanapun, berbeza dengan lipan bara, lipan-lipan jenis lain tidak setanding dengan tahap kekuatannya kerana saiz yang lebih kecil, gigitan kurang menyakitkan dan cengkaman kuku yang tidak kuat.

Dalam pada itu, bentuk badannya yang leper membolehkannya merayap bebas di celah-celah daun dan kayu mati, selain turut aktif pada waktu malam.

Lipan lebih agresif mencari makan berbanding spesis ‘sekutunya’, kala jengking yang lebih suka menunggu mangsa di tempat persembunyian.

Sementara itu, bagi ular pula, mungkin ramai yang beranggapan semua jenis ular itu berbisa dan berbahaya, namun hakikatnya tidak.

Gambar: Google

Merujuk jurnal PERHILITAN lagi, antara spesis ular yang berbisa dan betul-betul berbahaya adalah jenis ular senduk (Naja Sputatrix), ular tedung selar (Ophiophagus Hannath), ular katam tebu (Bungarus Candidus), ular katam belang (Bungarus Fasciatus) dan ular katam kepala merah.

Lain-lain ular berbisa adalah daripada jenis ular kapak seperti ular kapak bodoh (Agkistrodon Rhodostoma), ular kapak tekong, ular kapak merah, ular kapak gunong dan beberapa jenis ular kapak yang lain.

Dalam pada itu, kandungan bisa ular juga bergantung kepada banyaknya bisa yang diterima oleh mangsanya.

Ular di hutan khususnya hidup dan bergerak secara menjalar di celah-celah daun, kayu dan kadang-kadang di ranting-ranting pokok.

Apabila reptilia ini diganggu dan berasa terancam, ia akan menegakkan dirinya sambil mengembangkan tulang-tulang rusuk di bahagian belakang kepalanya sebagai tanda amaran sebelum menyerang musuhnya.

Memetik sumber jurnal lagi, bagi ular tedung selar, setiap gigitannya akan mengeluarkan banyak racun berbanding bisa ular lain dan mampu membunuh sekiranya tidak dirawat dengan penawarnya dalam masa tiga jam.

Manakala ular senduk pula bertabiat akan menghembuskan racunnya ke mata mangsa dan jika ia meracun mata manusia pada jarak dekat, mangsa berpotensi akan terbunuh atau buta buat selama-lamanya.

Sekiranya dipatuk atau diserang ular, mangsa perlu dirawat segera bagi mengelakkan komplikasi lebih buruk berlaku kerana bisa ular mampu menyebabkan kematian.

Anda boleh membaca fakta penuh mengenai hidupan berbisa di Malaysia melalui jurnal terbitan PERHILITAN di sini.

Sumber: Friends of Bomba Malaysia, PERHILITAN 

The post (Video) Tular Rakaman Aksi Ular vs Lipan, Agak-Agak Mana Yang Menang? appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.