Wawa Global Perkenal Tiga Produk Pelindung Matahari & Lancar Logo Baharu Syarikat
Wawa Global Sdn. Bhd., syarikat yang diasaskan oleh pasangan selebriti terkenal Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, telah melakar sejarah baharu dalam industri kecantikan tempatan dengan pelancaran rasmi tiga produk pelindung matahari (sunscreen) terbaru berserta logo baharu syarikat, dalam sebuah acara gilang-gemilang yang menandakan permulaan kepada “Chapter Baru” buat jenama Wawa.
Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan tiga pelindung matahari baharu yang diformulasi khusus untuk lelaki dan wanita, terutamanya mereka yang aktif bersukan.
Produk baharu ini hadir dengan formula mineral terkini yang lebih selamat dan mesra kulit, seiring dengan komitmen Wawa untuk menyediakan produk kosmetik yang berkualiti tinggi, halal, dan selamat digunakan oleh semua.
Sejak mula dipasarkan, Sunscreen Wawa telah mencatat jualan lebih daripada 4 juta unit, sekaligus membuktikan kepercayaan pengguna terhadap kualiti produknya.
Namun, Wawa Zainal meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pihak yang mempertikaikan kejayaan produknya dengan menyatakan pelanggan hanya membeli kerana faktor populariti.
Beliau menegaskan bahawa jenama Wawa telah bertapak kukuh selama lebih tujuh tahun dan mempunyai kumpulan pengguna setia yang menghargai keberkesanan produknya.
Langkah penjenamaan semula dan pembaharuan pembungkusan ini bukan sahaja bertujuan menambah baik penampilan produk, tetapi juga sebagai usaha serius dalam membanteras penyebaran produk tiruan yang semakin berleluasa di pasaran. Identiti baharu yang diperkenalkan membawa imej yang lebih elegan, profesional dan penuh keyakinan.
Menurut Wawa Zainal, “Kami di Wawa Global sangat komited dalam usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pengguna masa kini. Kami percaya produk yang selamat, halal dan berkualiti tinggi adalah asas kejayaan yang mampan.”
Barisan hadapan yang turut hadir dan memainkan peranan penting dalam perjalanan jenama Wawa termasuk pengasas bersama Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, serta figura utama syarikat seperti Umisya Mazlan, Aslam, dan tetamu kehormat YB Syed Saddiq.
Kehadiran mereka memeriahkan acara dan menjadi simbol komitmen berterusan dalam membina jenama tempatan yang mampu berdiri di persada dunia.
Sebagai penutup, Wawa menyatakan harapannya agar jenama Wawa akan terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat global dalam masa terdekat. – KopiPlanet.com
The post Wawa Global Perkenal Tiga Produk Pelindung Matahari & Lancar Logo Baharu Syarikat appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: