
Menjelang Detik Hari Perkahwinan, Intan Ladyana Hulur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal
Tinggal beberapa hari sahaja menjelang detik hari perkahwinannya dengan penyanyi Harris Alif, pelakon Intan Ladyana masih sempat meluangkan masa membuat kerja amal dengan menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Usaha berkenaan dilakukan pelakon itu bersempena menzahirkan rasa syukur atas pelantikan dirinya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan Seri Lady.
“Sudah tentu dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, tidak sangka pula saya mendapat lamaran menjadi duta produk Seri Lady.
“Saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan,” ujarnya.
Ujarnya, itu antara faktor utama dia dan pihak Seri Lady terpanggil untuk memberi sumbangan.
Jelasnya, sumbangan yang diberikan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih dan mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dan melihat macam mana ibu saya struggle untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup.
“Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal. Di kesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang saya mampu,” katanya.

Pada masa sama, Intan turut meluahkan rasa terharunya apabila pihak Seri Lady, bukan saja mempercayainya untuk menggalas tugas sebagai duta kepada jenama berkenaan, malah amat mendukung usahanya untuk sama-sama menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.
Sementara itu, Pengasas Seri Lady iaitu Juzailah Shariff berkata, jasa ibunya membesarkan dia dan adik-beradik sehingga mencapai ke tahap hari ini tanpa figura seorang ayah di sisi tidak mampu di balas dengan wang ringgit.
“Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan Ummi saya membesarkan kami adik-beradik yang lain tanpa seorang suami di sisi. Kehidupan yang lebih baik kami miliki hari ini, segalanya adalah atas usaha dan pengorbanan ummi.
“Kalau bukan kerana virus Covid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar dalam memegang peranan ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, hilang punca pendapatan. Justeru itu kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka,” ujarnya.
Menurutnya beliau, pelantikan Intan sebagai duta Seri Lady dibuat kerana kecantikan yang dimiliki serta personaliti yang menyenangkan dan bebas gosip hinca memberi keyakinan bahawa pelakon itu mampu menggalas tugas beliau dengan baik.
Sementara itu, bercakap mengenai persiapan perkahwinan pelakon yang kembali hangat menerusi drama Bougainvillea (TV3) dan terbaharu, Hari Kita Jatuh Cinta (Awesome TV) itu, Intan mengakui cukup berdebar untuk menggdalas tanggungjawab sebagai isteri.
“Alhamdulillah…persiapan kebanyakkannya sudah siap, cumanya dalam keadaan sekarang ini, contohnya dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari jadi agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.
“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar. InsyaAllah doakan kami berdua,” katanya bakal menyarungkan busana perkahwinan rekaan, Datuk Ruiffai.
Majlis pernikahan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghormati SOP yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang musim Covid-19 ini. – KopiPlanet.com
The post Menjelang Detik Hari Perkahwinan, Intan Ladyana Hulur Sumbangan Kepada Ibu Tunggal appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: