“Ya… Saya Memang Pondan Dari Kecil” – Isma Yusoof Akui Tidak Ada Nafsu Terhadap Wanita
Pengarah Isma Yusoof yang sebelum ini mengakui dirinya seorang transgender mendedahkan dirinya sudah mula menjadi pondan sejak dia kecil.
Menurut Isma, perkongsian tersebut dibuat setelah dia mendapat banyak respons daripada followers yang bertanyakan sejak bila dia berubah menjadi pondan.
“Let me tell you, ya… saya memang pondan. Pondan saya memang dari kecil. Kalau korang tengok gambar-gambar Isma masa kecil, memang Isma dan kepit-kepit kaki bila bergambar. Memang dah pose macam pondan.
“Cuma, korang based on lakonan Isma. Of course bila masuk dalam industri watak-watak yang diberikan mostly watak jantan straight,” ujarnya menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.

Jelasnya, sepanjang bergelar pelakon dia pernah dua kali membawakan watak lelaki lembut iaitu Sutun 2 dan Emil Emilda di bawah arahan Shahrulezad Mohameddin.
“Korang pula terpedaya dengan watak straight I tu. Jadi korang rasa macam I straight. So bila jumpa I kat luar nampak I macam lembut, you macam terkejut, kenapa I macam ni.
“Korang faham tak job scope pelakon tu apa. Melakonkan watak tau, bukan memainkan watak diri sendiri. I play character, itulah pelakon,” jelasnya.
Menurutnya lagi, ada juga yang mempertikaikan mengenai suara serta wajah jantan dan tidak seperti muka pondan-pondan yang makan hormon.
“Kenapa I nak kena makan hormon? Bila korang tak accept gender kitaorang, korang hanya accept wanita dan lelaki… itu yang pondan-pondan ramai makan hormon.
“Potong itu, potong ini… operate sana operate sini untuk menjadi seorang wanita untuk masyarakat terima,” ujarnya.
Jelasnya, dia gembira dengan wajah dan tubuh serta suara yang dimiliki dan tidak terlintas untuk ambil hormon.
“Saya terima diri saya sebagai seorang pondan. Saya memang tak ada nafsu kat wanita. Dalam diri saya adalah wanita.
“Seksual attraction saya adalah terhadap lelaki… lelaki yang bukan gayboy yer. Hope korang semua clear,” ujarnya yang mahu tiada lagi orang yang mempertikaikan tentang dirinya. – KopiPlanet.com
The post “Ya… Saya Memang Pondan Dari Kecil” – Isma Yusoof Akui Tidak Ada Nafsu Terhadap Wanita appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: