
Utusan TV & Kara Anjur Program Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak… Edar 3,000 Hidangan Kepada 25 Buah Rumah Kebajikan
Pada tahun ini, produk santan jenama Kara menyambut ulang tahun ke-25 dengan penuh kemesraan dan kegembiraan sekaligus meraikannya dengan kempen ‘Legasi Kara, Sempurnakan Raya’.
‘Legasi Kara’ mengabadikan momen intipati warisan masakan dan tradisi keluarga dengan menekankan komitmen Kara terhadap kualiti, inovasi dan memelihara warisan masakan Malaysia.
Santan Kara menjadi kemestian untuk setiap dapur, meningkatkan hidangan harian dan perayaan. Dengan krim kelapa bebas kolestrol, bebas pengawet yang menawarkan tekstur yang kaya dan tebal, Kara juga berjaya merapatkan generasi untuk aplikasi masakan yang asli dan sihat.
“Sejak 1999, Kara telah menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia, menjadikan warisan kulinari mereka sebagai perjalanan yang istimewa yang diwarisi turun-temurun.
“Selepas 25 tahun, kami terus ‘Sempurnakan Raya’ keluarga Malaysia dengan kasih sayang dan keaslian yang sama,” kata Encik Susanto, Pengurus Besar Kara Marketing Malaysia.
Bersempena dengan perayaan legasi ini, Kara melancarkan Pembungkusan Batik edisi terhadnya yang mewakili generasi masa lalu, kini dan akan datang.
Batik bukan sekadar kain, ia melambangkan identiti negara dan warisan keluarga Malaysia, mencerminkan ikatan yang menghubungkan generasi.
Pembungkusan istimewa ini juga bagi memperingati perjalanan Kara selama 25 tahun yang menghormati warisan budaya Malaysia sambil meneruskan kesinambungan komitmennya untuk mengekalkan rasa asli melalui pendekatan moden.
Sebagai sebahagian daripada sambutan dan komitmen Kara untuk memberi kembali kepada masyarakat, ia mencipta sejarah pada 20 Mac 2025 dengan menganjurkan :Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak kepada Kebanyakan Rumah Kebajikan Dalam Satu Hari’.
Dengan kerjasama UtusanTV (rakan kongsi acara), IPD Dang Wangi. Petron dan selebriti terkenal Datuk Chef Ismail Ahmad serta rakan komuniti utama, majlis tersebut diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri Pengurus Besar Pemasaran Kara Malaysia, Encik Susanto, Ketua Pemasaran Kara Malaysia, Jessie Choong, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt. Nuzulan Mohd Din, Ketua Perniagaan Komersial Petron, Mohd Asri Ibrahim.
Sebanyak 10 periuk bubur lambuk berjumlah 3,000 hidangan yang diagihkan sebagai juadah berbuka puasa kepada 25 Rumah Kebajikan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Bubur lambuk ialah tradisi Ramadan yang dihargai, dan menggunakan krim kelapa Kara dalam penyediaannya memastikan rasa yang kaya dan asli yang digemari Malaysia.
“Pencapaian ini lebih daripada rekod. Ia adalah perayaan warisan masakan kami dan masyarakat yang menghidupkan tradisi ini,” kata Jessi Choong, Ketua Pemasaran Kara.
Sebagai media rasmi, Zulkefli menganggap kerjasama strategik antara Kara sebagai usaha memperkukuhkan lagi komitmen dalam menyebarkan kebaikan dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan ini.
“Kerjasama ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan berkongsi rezeki, menggalakkan aktiviti kebajikan serta mempromosikan budaya murni dalam masyarakat Malaysia.
“Selain itu, program ini memberi peluang kepada kami untuk terus menyampaikan berita dan informasi yang bermanfaat kepada orang ramai.
“Kita juga membuat liputan secara langsung di platform media sosial agar perkara baik ini dapat ditonton dan dijadikan wadah penyampaian mesej positif kepada masyrakat,” katanya.
Di sebelah petang, suasana dipenuhi dengan kemesraan, kegembiraan dan kebersamaan apabila Kara menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh di Restoran Rebung, Kuala Lumpur,
Merangkul semangat memberi dan bermurah hati pada bulan istimewa ini, kanak-kanak dijamu dengan hidangan berbuka puasa yang lazat, termasuk hidangan yang dibuat dengan santan krim kelapa Kara.
Sebagai penghargaan ikhlas kepada pengguna setianya kerana menyokong jenama itu sejak 25 tahun yang lalu, Kara menganjurkan peraduan kebangsaan Legasi Kara Sempurnakan Raya dari 19
Feb – 15 Mei 2025.
Dengan pembelian minimum RM20 bagi mana-mana produk Kara, peserta boleh menyertai untuk memenangi hadiah hebat bernilai sehingga RM350,000.
Hadiah Utama: 1 unit MPV Perodua Alza
- Hadiah Pertama: 3 x 25g Bar Emas
- Hadiah Kedua: Baucar beli-belah 10 x RM2,500
- Hadiah Mingguan: 1,000 tote beg & Sentuhan eksklusif berinspirasikan batik Christy Ng x Kara dan ’Touch n Go bernilai RM80
Sebagai tambahan, Kara menjadikan raya ini lebih menarik dan tidak dapat dilupakan dengan peraduan “Legasi Kara Dance Challenge” dari 17 Mac hingga 20 Apr 2025 dengan kerjasama pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel!
Sejak kebelakangan ini, sambutan raya bagaikan satu kemestian, bertemu dan abadikan momen dengan fotografi. Trend tarian viral terkini di cuba dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Tahun ini, Kara membawa keterujaan dan kreativiti media sosial ke dalam sambutan menjadikan ‘Legasi Kara, Sempurnakan Raya’ lebih interaktif, menarik dan tidak dapat dilupakan dengan hadiah bernilai sehingga RM16,000! Mudah sahaja:
- Menari, Rakam & Muat Naik – Muat naik video anda di Instagram/Facebook/TikTok
- Ikuti & Hashtag – Official Kara Malaysia IG/FB/TikTok dam sertakan tand pagar #LegasiKaraDanceChallenge #Kara25Tahun #IngatSantanIngatKara #KaraMalaysia
- Gunakan lagu – ‘Legasi Kara Sempurnakan Raya’ nyanyian Ernie Zakri dan Syamel, tag @karamalaysia dan 3 rakan.
Sambutan istimewa ini bukan sahaja menandakan kejayaan dalam perjalanan Kara selama 25 tahun tetapi juga mengukuhkan ikatan jenama dengan keluarga Malaysia melalui komitmen berterusannya untuk memelihara tradisi dan meningkatkan pengalaman masakan asli.
Dengan ‘Legasi Kara, Sempurnakan Raya’, Kara terus menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam dapur merentasi generasi. – KopiPlanet.com
The post Utusan TV & Kara Anjur Program Pengagihan Bubur Lambuk Terbanyak… Edar 3,000 Hidangan Kepada 25 Buah Rumah Kebajikan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: