Isaac Voo Sambut Ulang Tahun Kelahiran Dengan Single Baharu ‘Singa’
Penyanyi berbakat Malaysia, Isaac Voo bakal menutup tahun 2025 dengan penuh bergaya menerusi pelancaran single keduanya berbahasa Melayu berjudul “SINGA”, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Disember 2025 di semua platform penstriman digital.
Video muzik rasmi pula akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Isaac Voo pada tarikh yang sama jam 8 malam.
“SINGA” merupakan single kedua berbahasa Melayu Isaac Voo, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan seninya serta komitmennya untuk mendekati peminat tempatan dan serantau.
Terinspirasi daripada simbolik singa, lagu ini mengetengahkan tema kekuatan, keyakinan diri, keberanian dan kepercayaan kepada potensi diri tanpa batasan.
Gabungan lirik pelbagai bahasa dengan susunan muzik bertenaga tinggi menjadikan “SINGA” cerminan perjalanan Isaac sebagai seorang artis yang berani menentukan hala tuju sendiri.
Menurut Isaac Voo, Disember 2025 merupakan bulan yang sangat istimewa dalam hidup dan kerjayanya. Beliau menyambut ulang tahun kelahirannya pada 12 Disember, menjadikan pelancaran “SINGA” sebagai hadiah bermakna buat dirinya dan para peminat.
“Disember adalah bulan yang sangat istimewa buat saya. Menyambut hari lahir dan pada masa yang sama melancarkan ‘SINGA’ adalah satu pencapaian peribadi.
“Ini merupakan lagu Melayu kedua saya dan saya amat gembira dapat menghadiahkan lagu ini kepada semua peminat. Ia adalah hadiah terbesar saya buat peminat dan industri yang sentiasa menyokong perjalanan seni saya,” katanya.
Tambah Isaac, “Saya berharap stesen radio dan pihak media akan terus memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyumbang lebih banyak melalui bakat yang saya ada.
“Saya juga terbuka untuk meneroka bidang lain dalam industri kreatif, bukan sahaja dalam nyanyian, malah bidang lakonan dan peluang seni yang lain pada masa akan datang,”tambahnya.
Dari sudut penerbitan muzik, “SINGA” dirangka untuk memberi impak dan inspirasi, menjadikannya sebuah lagu berunsur motivasi yang sesuai sebagai pembakar semangat menjelang tahun baharu.
‘SINGA’ mencerminkan kematangannya bukan sahaja dari sudut muzik, tetapi juga dari segi pemikiran sebagai seorang artis.
Ketua Bahagian Muzik di Prodigee Asia Talent, Cheng Lee pula berkata, lagu berkenaan juga melambangkan keyakinan dan kesediaannya melangkah ke tahun 2026 dengan lebih fokus dan tujuan dan ‘SINGA’ dihasilkan dengan elemen keberanian dan kekuatan.
“Dari segi susunan muzik hingga penyampaian vokal, semuanya mencerminkan keyakinan diri.
“Isaac hadir ke studio dengan visi yang jelasdan tenaga yang kuat. Lagu ini bukan sekadar sebuahpelancaran, tetapi satu kenyataan tentang arah tuju kerjayanya,” katanya.
Singa diterbitkan oleh pihak pengurusannya ProdigeeAsia Talent (PAT), dengan lirik dan komposisi oleh Dari, Shazriq Azeman dan Iqie Hugh, serta kerja adunan dan mastering oleh Cheng Lee dan Elaine Soong daripengurusan team muzik Prodigee Asia Talent.
Lagu berkenaan menampilkan gabungan bunyi urban moden dengan lirikberani serta susunan muzik yang bersifat antemik dan bertenaga.
Menerusi “SINGA”, Isaac Voo terus mengukuhkan kedudukannya sebagai artis yang wajar diberi perhatianberani, berkembang dan bersedia untuk mengaum lebih lantang menjelang tahun 2026. – KopiPlanet.com
The post Isaac Voo Sambut Ulang Tahun Kelahiran Dengan Single Baharu ‘Singa’ appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: